Now Reading
[Video] Lelaki Ini Cipta Lagu Khas Untuk Ajar Pemandu Gunakan Lampu ‘Signal’

[Video] Lelaki Ini Cipta Lagu Khas Untuk Ajar Pemandu Gunakan Lampu ‘Signal’

Lagu ‘Signal’ ini pada asalnya dinyanyikan dalam bahasa Mandarin sebelum mendapat banyak permintaan untuk menghasilkan lagu sama dalam bahasa Melayu pula.

lagu gunalah signal

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau ingat balik waktu di kelas memandu dulu, setiap cikgu akan mengingatkan pelajarnya untuk menggunakan lampu ‘signal’ sebelum menukar laluan di jalan raya.

Penting ya lampu ‘signal’ ini bagi memberi isyarat kepada pemandu lain tentang niat anda untuk mengubah haluan kerana ia secara tidak langsung boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan jalan raya.

Walaupun perkara ini amat mudah, tetapi masih ada juga segelintir pemandu yang malas untuk menggunakannya.


Lelaki Ini Cipta Lagu Khas Untuk Ingatkan Pemandu Guna Lampu Signal

Lelaki Ini Cipta Lagu Khas Untuk Ingatkan Pemandu Guna Lampu Signal

Bercakap tentang lampu ‘signal’, baru-baru ini seorang pengguna di laman Instagram (@brysonlew) yang berbangsa Cina telah mencipta sebuah lagu khas dalam bahasa Melayu untuk memberi peringatan tentang kepentingan menggunakan lampu isyarat tersebut.

Lagu ‘Signal’ ini pada asalnya dinyanyikan dalam bahasa Mandarin sebelum mendapat banyak permintaan untuk menghasilkan lagu sama dalam bahasa Melayu pula.

Dalam muzik video lagu itu juga menunjukkan beberapa contoh lampu signal pada kereta dan kesannnya jika tidak membudayakan penggunaan lampu tersebut.

Antara lirik dalam lagu ini yang menarik perhatian kami adalah, ‘Gunalah signal, tak tahu apa yang susahnya’.

Kalau anda dengar lagu ini, lirik dia sangat simple dan catchy.


Kebanyakan Netizen Suka Dengar Lagu Signal Ini

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap lagu tersebut. Siap ada yang minta lagu ini dikeudarakan di stesen radio tempatan serta sekolah-sekolah memandu.

Mereka turut memuji lagu ini yang menghiburkan dan bersifat ‘catchy’.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen turut meluahkan perasaan kesal dengan tindakan sebahagian pemandu yang memberikan lampu ‘signal’ yang salah sebelum menukar haluan.

Mana tidaknya, beri ‘signal’ ke kiri tapi masuk laluan ke bahagian kanan. Menguji kesabaran ya.

“Akhirnya ada yang keluarkan lagu ni. Semoga orang yang tak reti guna signal ni insaf. Jangan jadi selfish dan membahaykan nyawa orang sekeliling,” kata netizen.

Sumber: Instagram @brysonlew

Individu Boleh Didenda Jika Tak Guna Lampu Signal

Tidak menggunakan lampu signal sebelum mengubah laluan di jalan raya adalah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu di Malaysia.

Memetik sumber Paul Tan Automotive News, pemandu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 kerana memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta boleh juga dipenjara tidak melebihi 12 bulan.

Jadi, gunalah lampu signal ya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Signal Gen Z”- Gelagat Comel Kanak-Kanak Atas Motor Bagi Signal Guna Tangan Curi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Kod Isyarat Lampu Lori Yang Perlu Anda Tahu. Penting Ya!

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Bakal Beri ‘Surat Cinta’ Bagi Kesalahan Langgar Lampu Isyarat, Garisan Putih, Parkir Haram & Lain-lain


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd