Now Reading
PDRM Bakal Beri ‘Surat Cinta’ Bagi Kesalahan Langgar Lampu Isyarat, Garisan Putih, Parkir Haram & Lain-lain

PDRM Bakal Beri ‘Surat Cinta’ Bagi Kesalahan Langgar Lampu Isyarat, Garisan Putih, Parkir Haram & Lain-lain

Menurut PDRM, operasi penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah dengan memberi tumpuan di kawasan berlakunya kekerapan kemalangan dan ketidakpatuhan peraturan lalu lintas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (27 Julai), pengguna Twitter (@tekong) dilihat memuat naik ciapan di mana kebanyakan pengguna jalan raya di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur dilaporkan telah disaman oleh pihak berkuasa (PDRM) bermula minggu ini.

Antara kesalahan yang menjadi penyebab pengguna jalan raya sama ada motosikal atau kereta disaman adalah berhenti melebihi garisan putih, berhenti di atas garis pejalan kaki di persimpangan, dan sebagainya.

Tiada kompromi; kesemua jenis kenderaan akan disaman jika melakukan mana-mana kesalahan yang disebutkan.


PDRM Umum Sedang Jalankan OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik pada awal pagi tadi (28 Julai) telah mengeluarkan kenyataan di mana mereka akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas semua pengguna kenderaan di seluruh negara.

Ia bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mematuhi undang-undang dan juga peraturan lalu lintas.

Antara tindakan pematuhan peraturan lalu lintas meliputi:

  1. OP Lampu Isyarat Merah.
  2. OP Nombor Pendaftaran.
  3. OP Halangan Lalu Lintas.
  4. OP Garisan Putih.
  5. OP Parkir Haram.
  6. Kempen OP Didik.

Menurut PDRM, operasi penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah dengan memberi tumpuan di kawasan berlakunya kekerapan kemalangan dan ketidakpatuhan peraturan lalu lintas.

PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Datuk Mohd Nasri Bin Omar, Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd