Now Reading
[Tips] Kod Isyarat Lampu Lori Yang Perlu Anda Tahu. Penting Ya!

[Tips] Kod Isyarat Lampu Lori Yang Perlu Anda Tahu. Penting Ya!

Jika anda ingin memotong kenderaan muatan berat, pastikan anda mengetahui tentang kod lampu yang diberikan oleh pemandu lori/treler tersebut.

kod isyarat lori

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengguna jalan raya pasti pernah berhadapan dengan situasi di mana apabila sedang memandu di kawasan yang sempit dan jalan bertentangan, akan ada lori/treler di hadapan anda yang bergerak dengan perlahan dek muatan berat.

Kalau jenis tak ‘rushing’ untuk ke sesuatu tempat, tak apalah.

Buatnya masa itu anda sedang menahan diri dari ‘membuang hajat’, tak senang duduk dibuatnya. Nak potong, bahaya. Nak tunggu pula takut ada kemungkinan ‘terkucil’.


Cara Untuk Fahami Kod Lampu Yang Diberikan Oleh Pemandu Treler/Lori

Jika anda ingin memotong kenderaan muatan berat berkenaan, pastikan anda mengetahui tentang kod lampu yang diberikan oleh pemandu tersebut.

Contohnya:

  • Lampu hazard dibuka kanan dan kiri.
    • Ini membawa maksud jalan di hadapan tidak selamat untuk dipotong oleh kenderaan yang berada di belakang lori.
  • Lampu signal kanan dibuka.
    • Jangan memotong, masih ada kenderaan di arah bertentangan.
  • Lampu signal kiri dibuka.
    • Anda boleh mula memotong kenderaan berat berkenaan dengan selamat.

Selepas itu, jangan lupa untuk menekan ‘honk’ satu kali bagi menandakan anda berterima kasih kepada pemandu lori/treler itu.

Semoga bermanfaat.

BACA JUGA: Pemandu Cedera Dihempap Tayar Lori Tercabut Di Lebuhraya Raya ELITE

BACA JUGA: “Pekerja Di Kapal Order Barang Kot” – Kelibat Lori J&T Masuk Laluan Pantai Buat Ramai Tercuit Hati

BACA JUGA: Pemandu Lori Haus, Lori Rosak Tepi Jalan. Rakyat ‘Turun Padang’ COD Air. Salute!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd