Now Reading
[Video] Pendapat Perlu Gaji RM7,000 Ke Atas Untuk Tinggal Di KL Cetus Perdebatan Di Media Sosial

[Video] Pendapat Perlu Gaji RM7,000 Ke Atas Untuk Tinggal Di KL Cetus Perdebatan Di Media Sosial

Seorang netizen berpendapat bahawa kehidupan individu yang menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai gaji RM2,000 sehingga RM3,000 agak sukar dan tidak selesa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan kos sara hidup pada zaman sekarang ini memang terasa bebannya lebih-lebih lagi apabila harga barangan keperluan semakin meningkat.

Hidup bujang pun sudah ‘terasa’ dengan kenaikan harga barang, apatah lagi sudah berkeluarga.

Apabila bercakap soal duit, memang satu hari tak habis berbincang kerana tanpa wang yang mencukupi, agak sukar untuk kita meneruskan kehidupan terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur.


Netizen Kongsi Pendapat Tentang Gaji Yang Perlu Dimiliki Untuk Tinggal Di Kuala Lumpur

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram (@zestie.my), beberapa orang netizen telah diajukan soalan berkaitan gaji yang perlu diperolehi oleh seseorang untuk menetap di Kuala Lumpur.

Seorang netizen berkata gaji yang mencukupi untuk tinggal di ibu kota tersebut adalah sekitar RM10,000 dan ke atas.

Dengan nilai pendapatan sedemikian, seseorang individu itu mampu untuk memiliki tempat tinggal, kereta dan membeli makanan.

Sumber: Pexels

Tambahnya lagi, gaji RM10,000 itu tidak termasuk dengan pembelian barangan berjenama yang mahal.

Apabila ditanya kepada dua orang wanita lain pula, mereka menganggap gaji yang perlu dimiliki oleh mereka yang tinggal di Kuala Lumpur adalah sekitar RM7,000.

Sewa rumah sekurang-kurangnya RM1,500. Kereta paling kurang RM1,500. Itu sahaja sudah RM3,000. Makan dan duit minyak dalam RM1,000. Jadi semuanya sudah RM4,000. Nak menyimpan lagi. Jadi at least kena ada RM7,000.

Netizen.
Sumber: Pexels

Pada masa yang sama, kedua-dua wanita itu juga ditanya tentang situasi jika seseorang yang tinggal di Kuala Lumpur hanya menerima gaji sekitar RM2,000 sehingga RM3,000.

Wanita yang memakai baju berwarna coklat itu pula memberi pendapat bahawa kehidupan seseorang yang mempunyai gaji sedemikian agak sukar dan tidak selesa.

Saya rasa ia agak susah sedikit. Mungkin kena duduk dalam satu bilik dan berkongsi rumah dengan orang lain, naik pengangkutan awam. Memang boleh buat benda tu tapi kurang selesa.

Netizen.

Rakannya juga berkata keadaan itu juga membuatkan seseorang pada masa yang sama perlu mencari sumber rezeki dari pekerjaan lain untuk membolehkan mereka menyimpan, melabur atau membeli barangan diingini.

Di akhir video berkenaan, mereka ditanya sama ada mahu tinggal di Kuala Lumpur atau tidak dan jawapan yang berbeza telah diberikan.

Seorang netizen berkata dia mahu tinggal di ibu kota itu, namun seorang lagi netizen memilih untuk tinggal di Damansara Jaya kerana menganggap kos sara hidup di Kuala Lumpur agak mahal.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Perkongsian Pendapat Yang Diberikan

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang mempunyai pendapat berbeza tentang gaji serta kos sara hidup untuk tinggal di Kuala Lumpur.

Sesetengah netizen menganggap individu yang bergaji rendah juga boleh menetap di Kuala Lumpur, namun perlu mengamalkan gaya hidup yang sederhana seperti menaiki pengangkutan awam.

“Rasanya kalau hidup secara sederhana, lebih daripada cukup. Kalau gaya hidup mahal, memanglah tak cukup,” ujar netizen.

Malah, mereka turut berkata bahawa kos untuk kereta boleh dikurangkan dengan membeli kenderaan dari jenama Malaysia yang dianggarkan bulanan sekitar RM500.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang bersetuju dengan kenyataan tentang keperluan memiliki gaji yang tinggi untuk hidup di Kuala Lumpur kerana komitmen yang semakin bertambah apabila gaji meningkat.

Pada masa yang sama, seorang lagi netizen berpendapat pendapatan berjumlah RM10,000 itu bukanlah satu kemewahan tetapi hanya sekadar cukup sahaja.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Kos Sara Hidup Mengikut Negeri Di Malaysia

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh KWSP itu, Lembah Klang menjadi bandar yang mempunyai kos sara hidup paling tinggi, diikuti dengan Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor.

Dalam rajah di bawah, dapat dilihat bahawa individu bujang yang menaiki pengangkutan awam setiap hari untuk ke tempat kerja perlu sekurang-kurangnya memiliki gaji berjumlah RM1,930 manakala mereka yang mempunyai kereta pula dianggarkan mempunyai gaji minimum RM2,6000.

Negeri yang dicatatkan kos sara hidup paling rendah di Malaysia adalah Alor Setar, Kedah iaitu RM1,530 untuk individu bujang yang menaiki pengangkutan awam dan RM2,060 pula bagi mereka yang memiliki kereta.

Sumber: Belanjawanku 2022/2023

Baca Artikel Berkaitan: Hanya RM1,530 Sebulan, Alor Setar Bandar Utama di Malaysia Dengan Kos Sara Hidup Paling Rendah

Baca Artikel Berkaitan: Soalan Gaji RM10,000 Cukup Atau Tidak Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Rakyat Malaysia ‘Cukup Makan’ Jadi Punca Sukar Tolak Tepi Duit Simpanan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd