Now Reading
“Wagyu Masak Percik” – Set Menu Hidangan Majlis Perkahwinan Putera Mateen Curi Perhatian Netizen

“Wagyu Masak Percik” – Set Menu Hidangan Majlis Perkahwinan Putera Mateen Curi Perhatian Netizen

Antara menu yang dihidangkan semasa Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei ialah Salad Ketam Alaska dengan Iranian Kaviar, Daging Wagyu Percik dengan Trufel, Pajeri Nenas dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah telah bergelar suami kepada pasangannya iaitu Dayang Anisha Rosnah Adam pada tanggal 11 Januari lalu.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja telah berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei manakala Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei dijalankan di Istana Nurul Iman pada Ahad lalu (14 Januari).

Rata-rata orang ramai dilihat teruja dengan majlis yang telah berlangsung selain menzahirkan ucapan tahniah kepada para mempelai.

Baca Artikel Berkaitan: Putera Mateen Sah Bergelar Suami Kepada Dayang Anisha


Kongsi Senarai Juadah & Lagu Semasa Majlis Perkahwinan Putera Mateen

Baru-baru ini tular satu perkongsian menerusi Instagram Story (@_karaminah_) iaitu salah seorang kerabat diraja yang menunjukkan set menu tersedia untuk para tetamu diundang ke majlis perkahwinan tersebut.

Antara juadah tersedia buat para tetamu adalah:

  • Salad Ketam Alaska dengan Iranian Kaviar.
  • Sup Rusa Berempah dengan Cendawan Morel.
  • Lobster Perap dengan Salad Betik Muda.
  • Daging Wagyu Percik dengan Trufel.
  • Kambing Kerutup.
  • Pajeri Nenas.

Sekali baca memang sudah tahu makanan pada majlis perkahwinan kerabat diraja itu sangatlah eksklusif dan lain daripada yang lain.

Bukan sahaja pilihan juadah yang mengiurkan, malah senarai itu juga tersedia dengan lagu-lagu dipilih khas oleh pasangan pengantin diraja untuk dipasang pada hari istimewa tersebut. Sebagai contoh lagu berjudul ‘Until I Found You’, ‘Sedetik Lebih’, ‘Fly Me To The Moon’ dan banyak lagi.

Posting tersebut kemudian mendapat perhatian orang ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @jllmisai).

https://twitter.com/jllmisai/status/1746892884417429532?s=46&t=Jv5kUixr15PW_awl5DDbnw

Reaksi Netizen Lihat Juadah Disediakan Untuk Para Tetamu

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, segelintir warganet meluahkan hasrat mereka untuk turut serta dalam acara tersebut kerana makanan lazat yang dihidangkan kepada para tetamu selain dapat bertemu dengan baginda.

“Saya nak pergi (ke majlis perkahwinan) untuk makanan dan berjumpa dengan Putera Mateen bersama isterinya yang cantik. But mainly for the food,” kata seorang wanita.

Sumber: X

Malah, ada yang turut terhibur melihat lauk Pajeri Nenas yang sering dihidangkan ketika majlis perkahwinan yang biasa turut tersedia di majlis kerabat diraja.

“Grand macam mana pun, pajeri nenas wajib ada. Hahaha makanan wedding legend!” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Sementara itu, ada yang berkata hidangan berkelas tinggi itu mampu ‘menelan’ kos sehingga ribuan ringgit.

“Satu pinggan menu tu pun boleh cecah ribu-riban. Ini makan semua sekaligus dalam perut satu malam, umpama lima lapis langit kayangan,” jelas seorang warganet.

Sumber: X

Dalam masa sama, ramai juga yang dilihat memuji pilihan muzik oleh pasangan pengantin yang dimainkan pada majlis perkahwinan itu.

“Kerabat diraja mempunyai cita rasa yang baik untuk muzik,” kata seorang lelaki.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen & Pasangan Siap Ada Lagu Rasmi, Dicipta Khas Oleh Peserta Pertandingan

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Putera Mateen Sebut Ringgit & Bukan Dollar Brunei Ketika Akad Nikah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd