Now Reading
Penduduk Ketakutan, Polis Berbalas Tembakan Dengan Penjenayah Di Puchong Prima

Penduduk Ketakutan, Polis Berbalas Tembakan Dengan Penjenayah Di Puchong Prima

Suspek yang merupakan warga tempatan dengan tujuh rekod jenayah, enam rekod kesalahan narkotik dan satu rekod dikehendaki berjaya ditembak mati.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes jenayah yang direkodkan dan semakin berleluasa sehingga membuatkan masyarakat mula berasa bimbang dengan keselamatan diri mereka.

Boleh dikatakan setiap hari pasti kita akan mendengar berita mengenai kes jenayah seperti rompakan, pembunuhan, samun dan sebagainya.

Tidak kira siang atau malam, kes jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja.


Polis Berbalas Tembakan Dengan Penjenayah Di Puchong Prima

Dalam satu kes terbaharu yang berlaku semalam (14 Januari), tular sebuah video dimuat naik di laman X (Twitter @Sobreaziz) menunjukkan situasi mencemaskan berlaku di berserta bunyi tembakan senjata api di Puchong Prima, Puchong, Selangor.

Lebih menakutkan lagi adalah apabila beberapa individu di jalan raya menjerit dengan nada kasar untuk meminta seseorang masuk ke dalam.

Pemilik video yang sempat merakam kejadian juga kedengaran agak bimbang dengan situasi pada ketika itu.


Suspek Berbalas Tembakan Dengan Polis Disahkan Maut

Memetik Berita Harian, suspek yang berbalas tembakan dengan pihak polis itu telah maut dalam kejadian di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima sekitar jam 3:49 petang semalam (14 Januari).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek merupakan warga tempatan yang mempunyai tujuh rekod jenayah, enam rekod kesalahan narkotik dan satu rekod dikehendaki polis.

Sumber: Sinar Harian

Walau bagaimanapun, polis menasihati masyarakat agar tidak menyebarkan video berkenaan bagi mengelakkan kegusaran orang ramai.

Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya. Polis mengesan satu rakaman video berkait kejadian ini tular di media sosial, justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan bagi mengelak kegusaran masyarakat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 atau tampil ke balai berhampiran.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd