Now Reading
[Video] Aksi Kambing Sertai Acara Larian Perpaduan Raih Perhatian Netizen

[Video] Aksi Kambing Sertai Acara Larian Perpaduan Raih Perhatian Netizen

Kambing betina bernama Nami yang berusia lima bulan lebih itu telah berjaya menamatkan larian dan mendapat medal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang ada hobi masing-masing. Sesetengah individu gemas mengisi masa lapang dengan melakukan sukan lasak seperti mendaki, berkayak, berlari dan sebagainya.

Berbicara tentang sukan larian, ia merupakan salah satu aktiviti yang menjadi pilihan orang ramai untuk kekal sihat.

Disebabkan mendapat galakan yang positif, banyak organisasi yang menganjurkan acara larian di seluruh negara dan pesertanya terdiri daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Umat Islam Join Acara Larian Anjuran Syarikat Yang Amalkan Riba?

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Lari 42KM Dengan Baju Melayu Lengkap, Aksi Lelaki Ini Buat Orang Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Cipta Rekod Dunia Jadi Pelari Pantas Marathon Sambil Berbaju Melayu Di London


Kambing Sertai Acara Larian Hingga Ke Garisan Penamat

Namun lain pula yang berlaku dalam satu acara larian apabila mereka turut menerima satu penyertaan bukan manusia iaitu seekor kambing peliharaan.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@izzatiesauffiee), wanita ini yang merupakan salah seorang peserta acara Larian Perpaduan yang berlangsung di Bukit Jalil pada 31 Disember 2023 lalu telah berkongsi pengalaman menariknya ketika program berkenaan.

Sumber: TikTok (@izzatiesauffiee)

Dalam video itu, seekor kambing dilihat sedang berlari sambil menyelit di celah peserta lain yang juga sedang berlari dalam acara tersebut.

Keadaannya yang bersaiz kecil memudahkan haiwan berkenaan untuk berlari dengan lebih laju dan memintas peserta lain.

Oleh kerana kewujudan kambing dikenali sebagai Nami itu telah mencuri perhatian, haiwan berkenaan dilihat banyak kali berhenti ketika larian kerana ramai peserta yang mahu mengambil gambar dan membelainya.

Sumber: TikTok (@izzatiesauffiee)

Difahamkan Nami telah didaftarkan oleh tuannya sebagai peserta rasmi manakala pemilik haiwan berkenaan hanya berfungsi sebagai peneman yang berlari untuk mengiringinya.

Jangan main-main kerana kambing peliharaannya ini berjaya menamatkan larian sehingga ke garisan penamat dan mendapat medal dari pihak penganjur.

https://www.tiktok.com/@izzatiesauffiee/video/7319356843799743762

Netizen Teruja Lihat Kambing Pun Sertai Acara Larian

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen teruja melihat gelagat kambing itu yang berlari bersungguh-sungguh ketika menyertai acara larian berkenaan.

Malah, ada juga netizen yang meluahkan rasa segan serta membandingkan diri mereka yang tidak rajin berlari atau berjoging seperti yang dilakukan oleh haiwan tersebut.

“Kambing pun dah pandai joging, aku tak tahu bila lagi nak joging,” kata netizen.

Pada masa yang sama, segelintir netizen pula mempersoalkan sama ada Nami berasa penat atau tidak apabila melakukan larian seperti peserta yang lain.

“Tak penat ke kambing tu?” tanya netizen.

Lebih menghiburkan lagi, ada netizen yang memberi cadangan supaya perkara sama dilakukan dengan membawa kucing Oyen.

Sumber: TikTok

Pemilik Nami Dedah Acara Larian Ini Merupakan Penyertaan Kali Kedua

Memetik Sinar Harian, pemilik kambing bernama Nami itu merupakan seorang pemuda berusia 38 tahun dikenali sebagai Muhammad Firdauz Mohd Rasid.

Firdauz menceritakan Larian Perpaduan yang disertai oleh kambing betina miliknya itu merupakan acara larian kedua yang selepas percubaan pertama dilakukan semasa mengikuti Unicorn Fun Run di Putrajaya pada 23 Disember 2023.

Mulanya saya cuba untuk lari dan lihat sama ada dia ingin ikut atau tidak dan kenal tuannya. Apabila melihat dia okey, saya terfikir untuk membawanya bersama dalam Unicorn Fun Run di Putrajaya pada 23 Disember lalu.

Muhammad Firdauz Mohd Rasid.

Firdauz juga tidak menyangka niatnya membawa Nami dalam acara larian telah mendapat perhatian ramai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd