Now Reading
[Foto] Lari 42KM Dengan Baju Melayu Lengkap, Aksi Lelaki Ini Buat Orang Ramai Kagum

[Foto] Lari 42KM Dengan Baju Melayu Lengkap, Aksi Lelaki Ini Buat Orang Ramai Kagum

Acara larian marathon anjuran KL Standard Chartered menjadi saksi pemuda berbaju Melayu lengkap ini berjaya menghabiskan lariannya sejauh 26 Batu.

Pemuda Lari 42KM Berbaju Melayu, Sampin & Tanjak Buat Ramai Kagum. Power Betul!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Acara lari marathon antara sukan yang mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat Malaysia. Kalau anda nak tahu, acara larian ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Berdasarkan sumber Live Science, acara larian marathon merujuk kepada jarak 26 Batu atau 42 kilometer.

Mana-mana acara larian yang kurang daripada jarak ini tidak dipanggil sebagai marathon. Mungkin boleh letak nama seperti Perak 20KM Run dan sebagainya.

Acara marathon ini bermula semasa zaman Greece ketika askar Pheidippides berlari sejauh 25 batu dari kawasan pertempuran ke bandar Athens untuk menyampaikan berita tentang kekalahan tentera Parsi.

Larian marathon secara rasminya dianjurkan di Sukan Olimpik Athens buat pertama kali pada tahun 1986 dengan jarak 24.85 batu atau 40 kilometer.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: World’s Marathon)

Lelaki Ini Lari Marathon Dengan Lengkap Berbaju Melayu

Baru-baru ini, aksi seorang lelaki yang menyertai acara larian marathon sejauh 42 kilometer anjuran KL Standard Chartered mencuri perhatian ramai.

Berdasarkan hantaran dimuat naik oleh lelaki ini di laman Facebook (Ahmad Isa), dia dilihat memakai sepersalinan baju melayu berwarna merah, sampin, tanjak dan kasut sukan ketika melengkapkan larian sejauh 26 batu itu.

Siap ada yang panggil dia dengan pelbagai gelaran seperti Mat Kilau, Hang Tuah dan pengantin. Kalau anda tengok, pakaiannya itu masih terletak elok walaupun sudah habis larian.

Pemuda dikenali sebagai Ahmad Isa ini juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat dan bergambar dengannya ketika acara tersebut.

Sumber: Facebook/Uteh Haji Rahman

Ramai Kagum Dan Puji Lelaki Ini Mampu Habiskan Larian Marathon Dengan Baju Melayu Lengkap

Perkongsian lelaki tersebut mendapat pujian ramai dan rata-ratanya kagum dengan kebolehannya menamatkan larian sejauh 42 kilometer dengan berpakaian lengkap baju melayu.

Di ruangan komen hantaran berkenaan turut dibanjiri dengan ucapan tahniah buat pemuda tersebut.

Ada juga yang bagi cadangan kepada lelaki itu untuk memakai capal bagi menjadikan lariannya lebih mencabar.

Apa-apa pun, memang kami tabik sungguh dengan pemuda ini. Berlari pakai baju t-shirt biasa pun dah mengalir peluh satu badan, inikan pula berbaju melayu siap sampin dan tanjak.

Terbaiklah!

BACA JUGA: Perut Kejang Waktu Jogging? Jom Ketahui Punca & Cara Untuk Atasinya

BACA JUGA: 15 Gorgeous Parks In Putrajaya And Cyberjaya You Should Visit For Exercise Or Just OOTDs

BACA JUGA: Malaysian Man Proves Completing A 263KM Marathon At Home Is Possible During MCO


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd