Now Reading
Diiktiraf MBOR, Kostum Wau Bulan Terbesar Akan Diperagakan Di Mrs World, Las Vegas!

Diiktiraf MBOR, Kostum Wau Bulan Terbesar Akan Diperagakan Di Mrs World, Las Vegas!

Busana dipanggil sebagai Puteri Wau Bulan itu diinspirasikan oleh corak batik tradisional beserta bunga-bunga yang boleh didapati di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja, Mrs Malaysia World pasti ramai yang akan tahu tentang pertandingan kecantikan yang telah diadakan sejak tahun 1963. Pada tahun-tahun sebelum ini, sudah ramai peserta yang telah menampilkan dan memperagakan pakaian bertemakan negara Malaysia.

Sebagai contoh, Olivia Nicholas, ratu cantik Mrs Malaysia World 2022 telah memakai busana kebangsaan yang dihiasi dengan syiling lima sen terbanyak iaitu sebanyak 10,000 keping.

Namun baru-baru ini, peserta Mrs Malaysia World 2023 pula mencuri perhatian orang ramai dengan busana yang disarungkan.


Kostum Wau Terbesar Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Satu detik indah telah tercipta buat P Vanishaantini, 27, iaitu finalis akhir Mrs Malaysia World apabila dia memperagakan pakaian tradisional negara iaitu kostum wau yang dipanggil sebagai ‘Puteri Wau Bulan’ di Hotel Wyndham Acmar, Klang.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram (@mrs_malaysia_world_), busana yang diperagakan itu telah dinobatkan sebagai kostum wau terbesar di Malaysia!

Kesenian dan rekaan asli masyarakat tempatan itu juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Untuk info, busana yang bersaiz 3.8 meter tinggi dan 4.8 meter itu direka oleh anak kelahiran Sarawak, Saran Anak Lagong. Bukan itu sahaja, pakaian indah tersebut juga adalah seberat 10 kilogram secara keseluruhannya.


Busana Puteri Wau Bulan Diinspirasikan Oleh Batik Tradisional

Buat anda yang tidak tahu, rekaan busana Puteri Wau Bulan diinspirasikan daripada corak batik tradisional dengan menampilkan bunga-bunga yang boleh dilihat di Malaysia.

Antaranya ialah Bunga Kertas, Bunga Orkid, Bunga Ros dan juga bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya.

“Puteri Wau Bulan adalah wakil masyarakat Malaysia dalam menunjukkan kekayaan warisan budayanya,” kata pengendali akaun itu di ruangan kapsyen.

Kredit: Instagram (@mrs_malaysia_world_)

Puteri Wau Bulan Akan Diperagakan Di Mrs World 2023, Las Vegas

Busana yang digelar ‘Best National Costume’ itu akan diperagakan oleh Vanishaantini semasa pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat yang bakal dilangsungkan pada bulan Januari ini.

“Saya bangga mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dengan kostum ini kerana saya mahu mempamerkan sesuatu yang unik dan belum pernah berlaku sebelum ini.

“Saya secara konsisten berlatih untuk catwalk sejak Mac, menjaga kesihatan di samping menguruskan perniagaan sambil melibatkan diri dalam kerja sosial. Saya harap dapat memberikan yang terbaik pada pertandingan itu,” ujar Vanishaantini, lapor The Star.

Baca Artikel Berkaitan: Supermodel Naomi Campbell Peraga Pakaian Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week

Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Aina Abdul” – Busana Azfar Heri Di KLFA 2023 Buat Netizen Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Busana Datuk Vida Untuk BEHATI Di KL Fashion Week 2023 (KLFW23) Jadi Tumpuan Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd