Now Reading
[Video] Pilot Teruja Nampak Cahaya Terang Dari Atas Vietnam, Rupanya Kebun Buah Naga

[Video] Pilot Teruja Nampak Cahaya Terang Dari Atas Vietnam, Rupanya Kebun Buah Naga

Juruterbang itu berkata dia boleh melihat cahaya terang dari ruang udara Vietnam dari ketinggian 35,000 dari paras laut.

adang buah naga berlampu (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara yang menarik ketika menaiki kapal terbang adalah apabila dapat melihat pemandangan sesebuah bandar dari bahagian atas lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Bila tengok dari atas, semuanya nampak kecil walaupun lokasi berkenaan mempunyai bangunan pencakar langit yang tinggi.

Siapa yang dapat melihat pemandangan sewaktu matahahari terbit atau terbenam memang cukup bertuah. Bukan senang dapat peluang seperti itu.


Juruterbang Teruja Lihat Cahaya Terang Semasa Melalui Negara Vietnam Dari Ruangan Udara

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@ceoofunclebear), seorang juruterbang menunjukkan suasana yang sangat terang pada waktu malam dari ruangan udara ketika melalui negara Vietnam.

Yang membuatkan juruterbang itu lebih tertanya-tanya adalah apabila cahaya yang dilihat dari ketinggian 35,000 dari paras laut itu lebih terang dari kawasan bandar mereka.

Keadaan itu telah menimbulkan persoalan kepada juruterbang tersebut selepas melihat suasana yang dilihatnya.

Di ruangan kapsyen video, lelaki berkenaan telah memberi petunjuk bahawa ia adalah sebuah ladang tetapi tidak menyebut ladang apa.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 642,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Pun Tertanya-tanya Dengan Pemandangan Berlampu Ketika Melalui Ruang Udara Vietnam

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, sesetengah netizen juga pernah melihat suasana yang sama dari dalam kapal terbang ketika melalui ruangan udara negara Vietnam.

Netizen menjelaskan bahawa cahaya tersebut datang daripada lampu yang dipasang di ladang buah naga. Namun perkara itu telah mencetuskan pertanyaan segelintir individu tentang kegunaan lampu berkenaan.

“Cuba cerita, saya banyak kali flight ke Vietnam mesti tengok lampu-lampu terang”, kata netizen.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang memuji keindahan suasana pada waktu malam itu yang dipenuhi dengan lampu-lampu terang.

Sumber: TikTok

Kenapa Ladang Buah Naga Kena Ada Lampu Pada Waktu Malam?

Memetik sumber Atop Lighting, buah naga atau juga dikenali sebagai pitaya merupakan tumbuhan tropika yang menggemari cahaya dan suhu yang suam.

Dari segi saintifiknya, semakin lama tumbuhan ini terdedah dengan cahaya, semakin tinggi potensi mereka untuk berfotosisntesis dan mengeluarkan buah yang berkualiti.

Sumber: Teras Maluku

Lampu tumbuh LED juga bermanfaat untuk penanaman tanaman buah naga bagi memanjangkan musim pertumbuhan mereka di samping lampu LED ini juga cekap tenaga dan memiliki kos yang efektif kerana menggunakan tenaga yang sedikit untuk tempoh masa lama.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd