Now Reading
[Video] Gara-gara Pasport Basah, Plan Bulan Madu Di Turki Kena ‘Cancel’ & Rugi RM16K

[Video] Gara-gara Pasport Basah, Plan Bulan Madu Di Turki Kena ‘Cancel’ & Rugi RM16K

Lelaki ini menjelaskan pasport miliknya basah kerana terkena air hujan semasa tiba di kastam Singapura.

pasport basah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali mahu bercuti ke luar negara, pasport adalah perkara yang paling penting untuk dibawa bersama.

Buatnya kalau anda sudah sampai di lapangan terbang tetapi tertinggal pasport di rumah, memang kena patah baliklah jawabnya. Tetapi pastikan dokumen tersebut tidak tamat tempoh.

Selain itu, anda juga perlu memastikan ia dijaga dengan rapi tanpa sebarang kerosakan bagi mengelakkan urusan untuk bercuti tergendala seperti mana yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini.


Pasport Basah Punca Pihak Imigresen Enggan Beri Kebenaran Untuk Ke Luar Negara

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@fikryyazman), lelaki ini menceritakan pengalaman pahitnya bersama isteri yang berhasrat untuk ke Turki sebagai percutian bulan madu mereka dan menyambut ulang tahun kelahiran.

Penerbangan mereka yang dijadualkan pada Ahad lalu (17 Disember) bertukar duka apabila pasport milik lelaki itu berlaku kerosakan kerana basah.

Oleh kerana itu, pihak pemeriksaan menganggapnya tidak melepasi piawaian imigresen dan terpaksa menolak (reject) penggunaan dokumen tersebut.

Situasi itu juga membuatkan mereka kerugian RM16,000 yang telah dibelanjakan untuk bercuti ke Turki secara berkumpulan di bawah agensi.

Lelaki ini juga menjelaskan bagaimana pasport miliknya boleh basah sehingga ditolak oleh pihak imigresen.

Fikry yang berulang-alik dari Singapura setiap hari atas urusan kerja telah berhadapan dengan cuaca hujan lebat pada hari Sabtu ketika tiba di kastam Singapura.

Namun, pasport miliknya itu masih boleh digunakan ketika di imigresen Singapura kerana mereka menggunakan mesin automatik.

Sumber: TikTok @fikryyazman

Walau bagaimanapun, Fikry menerima takdir ini dengan hati yang terbuka dan meminta maaf kepada isterinya kerana tidak dapat menunaikan hasrat ke Turki.

Kita merancang, Allah juga merancang. Kami terima dengan hati yang terbuka. Maafkan saya sayng, tak dapat kita pergi ke sana.

Pengguna TikTok Fikry Azman.

Perkara yang berlaku ini membuatkan Fikry mengambil pengajaran daripadanya dan tidak berputus asa untuk berusaha pada tahun akan datang untuk bercuti ke Turki.

Perkongsian video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 448,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Bersimpati Dengan Perkara Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas mengetahui kisah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini.

Ada juga yang bertanya jika lelaki terbabit sudah menggunakan mesin pengering tangan di tandas, katanya ia sudah digunakan tetapi pihak imigresen masih tidak akan menerimanya.

Segelintir netizen juga berasa bimbang sekiranya situasi ini berlaku kepada mereka dan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan pasport ke dalam tempat yang selamat.

“Takut jadi macam ni. Sebab tu saya memang simpan dalam beg sealed tu. Biarlah tak lawa letak dalam pasport cover pun. Kitanya risau,” luah seorang netizen.

Dalam pada, sesetengah netizen meluahkan rasa simpati terhadap perkara yang berlaku dan berharap mereka memandangnya dari sudut positif.

“Ada hikmah di sebaliknya. Sabar ya dik. Insya-Allah ada yang terbaik akan datang nanti,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Ciri-ciri Pasport Yang Tidak Akan Diterima Oleh Pihak Imigresen

Keadaan pasport yang sempurna adalah satu kewajipan bagi membolehkan seseorang diberi kebenaran oleh pihak kastam untuk ke luar negara.

Terdapat beberapa kerosakan pada pasport yang akan menyebabkan dokumen berkenaan tidak diterima di bahagian imigresen, seperti:

  • Basah
  • Diconteng
  • Terkoyak
  • Terbakar
  • Dimakan anai-anai atau serangga
  • Gambar pudar atau luntur
  • Butiran dalam pasport dipinda
Sumber: MalayMail

Denda Yang Dikenakan Untuk Ganti Pasport Hilang Atau Rosak

  • Kes kali pertama:
    • Denda yang dikenakan adalah RM400 dan RM300 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara).
  • Kes kali kedua:
    • Denda yang dikenakan adalah RM700 dan RM600 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara).
  • Kes kali ketiga:
    • Denda yang dikenakan adalah RM1,200 dan RM1,100 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara).

Jadi kepada anda di luar sana, jagalah pasport sebaik mungkin ya.

Baca Artikel Berkaitan: Impian Ibu Nak Bawa Anak-anak Bercuti Naik Kapal Hancur Kerana Lupa ‘Renew’ Pasport

Baca Artikel Berkaitan: Masih Ada Yang Tak Tahu, Lelaki Kongsi Tips & Pengalaman Buat Pasport Di KLIA

Baca Artikel Berkaitan: Nak Travel Tapi Baru Sedar Pasport ‘Expired’? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd