Now Reading
Warga Singapura Cedera Selamatkan Anak Dari Diculik Rakan Kongsi Di JB

Warga Singapura Cedera Selamatkan Anak Dari Diculik Rakan Kongsi Di JB

Lelaki warga Singapura ini mendakwa dalang di sebalik kes penculikan anak lelakinya itu adalah rakan kongsi niaganya.

kes culik kanak kanak singapura di jb

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes kehilangan kanak-kanak akibat jenayah penculikan semakin membimbangkan kerana terdapat banyak kejadian sedemikian yang dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Lebih merisaukan lagi, penculik tidak takut untuk melakukan jenayah tersebut meskipun berada di tempat awam dan pada siang hari.

Keadaan ini pastinya membimbangkan ibu bapa lebih-lebih lagi ketika anak mereka menunggu untuk dijemput pulang dari sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Dedah Detik Cemas Anak Kecil Hampir Diculik 2 Wanita Di Genting Highlands


Kanak-kanak Warga Singapura Hampir Diculik Di Johor Bahru

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Singapura yang dikenali sebagai Lin berusia 40 tahun menceritakan pengalaman buruknya ketika berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru.

Memetik sumber Mothership, ahli perniagaan ini mendedahkan anak lelakinya berusia tujuh tahun hampir diculik pada 12 Disember lalu oleh tiga orang lelaki tidak dikenali.

Kejadian itu berlaku ketika mereka sekeluarga berada di No. 5 Jalan Serampang Taman Pelangi untuk melawat premis baharu bagi perniagaan Lin.

Menerusi rakaman kamera CCTV di luar bangunan, dua orang kanak-kanak dilihat sedang bermain di luar premis ketika Lin berada di dalam premis.

Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta berwarna emas berhenti di tepi jalan sebelum seorang lelaki keluar dari kenderaan dan menculik anak lelaki Lin.

Cemas dengan situasi yang berlaku, anak perempuan Lin segera masuk ke dalam premis untuk melaporkan kepada ibu bapanya.

Tiba-tiba saya terdengar suara anak perempuan saya menjerit minta tolong. Saya terus keluar dan tengok anak lelaki saya dah tak ada di situ.

Lin.

Lin Berjaya Selamatkan Anaknya

Lin tanpa berfikir panjang terus menaiki keretanya dan mengejar sekumpulan penculik tersebut.

Ketika berjaya menghalang kereta penjenayah, Lin telah memecahkan cermin tingkap tetapi tidak berjaya untuk mengambil anaknya kerana ditolak sehingga jatuh ke atas jalan raya.

Pergelutan yang berlaku menyebabkan Lin mengalami luka di bahagian tangan dan wajahnya sehingga berdarah.

Sumber: Mothership

Lelaki ini kemudiannya menaiki semula kereta dan cuba untuk mengejar suspek.

Tidak lama selepas itu, dia terjumpa kereta berkenaan tersadai di tepi jalan berhampiran lampu isyarat dan mendapati anaknya ditinggalkan berseorang di dalam kenderaan.

Difahamkan sekumpulan penculik itu juga telah melarikan diri.

Selepas menyelamatkan anaknya, Lin segera ke balai polis di Johor Bahru untuk membuat laporan berhubung kes yang berlaku.


Rakan Kongsi Niaga Dipercayai Dalang Kes Penculikan Ini

Selepas melihat rakaman CCTV di bahagian luar premis, seorang lagi lelaki didapati bersama sekumpulan penculik yang menaiki kereta berwarna emas itu sebelum kejadian culik berlaku.

Lin mendakwa dalang di sebalik kes penculikan anak lelakinya adalah rakan kongsi niaganya.

Sumber: Mothership

Susulan itu, pihak polis Johor Bahru telah menahan seorang mekanik yang merupakan rakan kongsi niaga Lin berusia 41 tahun di hadapan Balai Polis Taman Pelangi pada tarikh yang sama kejadian berlaku.

Walau bagaimanapun, tiga lagi lelaki yang melakukan kes culik berkenaan masih diburu oleh pihak polis.

Memetik sumber Astro Awani, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan suspek telah direman selama tujuh hari mulai 13 Disember hingga 19 Disember.

Suspek kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd