Now Reading
[Video] “Tak Datang Rehearsal” – Netizen Terhibur Lihat Abang Bomba Gigih Padamkan Api Depan Anak Kecil

[Video] “Tak Datang Rehearsal” – Netizen Terhibur Lihat Abang Bomba Gigih Padamkan Api Depan Anak Kecil

Dalam video tular, seorang anggota bomba dilihat bergelut dalam tempoh yang lama untuk memadamkan api pada pakaian semasa demonstrasi dilakukan di hadapan kanak-kanak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebakaran merupakan satu bencana yang boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja tidak kira waktu dan tempat. Jika kebakaran itu dibiarkan, ia mampu meragut nyawa orang sekeliling.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai individu di luar sana yang tidak mempunyai pengetahuan asas untuk cara-cara memadamkan api.

Hal ini berkemungkinan terjadi kerana mereka tidak terdedah dengan ilmu pemadaman api oleh pihak bomba sejak usia masih kecil.


Bomba Berguling Lama Di Hadapan Kanak-kanak Untuk Padamkan Api

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @Injang_Nation), menyaksikan seorang ahli bomba sedang melakukan demonstrasi memadamkan api pada pakaian di hadapan sekumpulan kanak-kanak.

Jika dilihat daripada klip video itu, sesetengah daripada kumpulan anak kecil itu memberikan tumpuan yang penuh kepada aksi tersebut. Namun, ada juga segelintir yang dilihat bangun daripada kawasan itu kerana ketakutan.

Ahli bomba yang membuat demonstrasi itu dilihat berlari dan membaringkan badannya dilantai. Sejurus selepas itu, dia terus berguling-guling bagi memadamkan api yang sedang membara.

Namun, apa yang mencuit hati adalah apabila api tersebut dilihat tidak mahu memberikan kerjasama dan masih menyala walaupun anggota bomba itu telah berguling dalam tempoh masa lama.

Sehinggakan ahli kakitangan bomba yang lain terpaksa menolong dan mengibas api tersebut dengan sehelai baju uniform lain.


Reaksi Netizen Lihat Aksi Anggota Bomba Padamkan Api Depan Kanak-kanak

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, ramai juga warganet telah terhibur melihat telatah anggota bomba yang bergelut untuk memadamkan api di hadapan kanak-kanak tersebut.

“Aku syak api dekat bahagian punggung tu dah nak padam tetapi sebab masa guling tu terkentut, jadi api semakin membara,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang dilihat berjenaka dengan mengatakan api tersebut tidak menyertai latihan sebelum ini.

“Aduh abang bomba kena guling banyak kali sebab api tak datang rehearsal,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga yang berpendapat aktiviti ini boleh memberikan pendedahan awal terhadap kanak-kanak agar mereka tahu untuk mengambil tindakan apa sekiranya berada dalam situasi sama.

“Demonstrasi macam ni penting sebenarnya untuk budak kecil dan orang dewasa. Kalau setakat teori tetapi tidak tunjuk situasi sebenar, orang akan mudah lupa apa yang sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi bila dah kalut dan panik,” jelas seorang netizen.

Sumber: X

Apa Perlu Buat Jika Pakaian Disambar Api?

Situasi kebakaran sememangnya tidak dapat dijangka. Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap individu mempunyai ilmu dan kemahiran untuk memadamkan api dengan sendiri. Mana tahu, maklumat diperoleh akan berguna pada masa akan datang.

Menurut National Fire Protection Association (NFPA), terdapat empat langkah utama yang boleh dilakukan sekiranya pakaian anda disambar api menyala iaitu:

  • Berhenti di tempat anda berada dan mengelakkan diri daripada lari.
  • Baring ke permukaan tanah dan tutup muka menggunakan tangan.
  • Berguling sehingga api sudah padam.
  • Sejukkan bahagian yang terbakar dengan air mengalir dan mendapatkan bantuan perubatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dek Terlalu Minat, Ayah ‘Layan’ Bawa Anak Masuk Balai Bomba

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga

Baca Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anggota Bomba ‘Diserang’ Semasa Memadamkan Api


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd