[VIDEO] Anggota Bomba ‘Diserang’ Semasa Memadamkan Api
Mencaci, menyerang, mengacau, menghalang atau mengganggu pihak bomba menjalankan tugas adalah satu kesalahan ya!
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pada Sabtu lalu, (19 Jun) telah berlaku satu kes di mana seorang anggota bomba dikatakan diserang ketika sedang menjalankan tugas memadamkan kebakaran. Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Belipat, Lawas, Kuching, Sarawak.
Menurut laporan, Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman berkata, ianya merupakan kejadian pertama serangan terhadap anggota bomba ketika sedang menjalankan tugas berlaku di Sarawak.
Mengulas lanjut, pada mulanya seorang lelaki dilihat mengamuk dan menghempas barang sambil memarahi anggota bomba yang sedang menjalankan tugas.
Namun, tidak lama selepas itu, seorang lagi lelaki tiba-tiba menyerang anggota bomba dari arah belakang menyebabkan anggota terbabit terjatuh.
Anggota bomba terbabit bertindak profesional ketika menjalankan tugas memadam kebakaran itu. Lelaki yang menyerang anggota bomba terbabit mendakwa gagal mengawal emosi selepas melihat rumah pusaka mereka musnah terbakar.
Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman.
Video kejadian yang berdurasi 56 saat tersebut telah tular di media sosial bermula semalam, (20 Jun).
Anggota bomba buat laporan polis
Anggota bomba yang diserang itu juga telah bertindak balas melalui saluran yang betul iaitu dengan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Walau bagaimanapun, di atas budi bicara – anggota bomba terbabit menarik semula laporan polis yang telah dibuat selepas menerima permohonan maaf daripada pelaku yang menyesal dan menyedari kesalahan yang dilakukannya.
Menurut Khirudin, dalam isu itu – JBPM menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas dan sentiasa bertoleransi serta bertimbang rasa dalam menangani sebarang isu atau masalah yang dihadapi.
Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 51, adalah satu kesalahan bagi mereka yang sengaja mencaci, menyerang, mengacau, menghalang atau mengganggu Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela yang bertindak dalam melaksanakan tugasnya atau mana-mana orang lain yang membantu JBPM di bawah arahan tertentu pegawai bomba.
Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman.
Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak JBPM turut berharap agar kejadian seumpama ini tidak akan berulang dan masyarakat harus menyokong usaha JBPM dalam program pencegahan kebakaran dan juga aktiviti bomba komuniti.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.