Now Reading
KKM Bakal Siasat Dakwaan Individu Merokok Dalam Restoran Di Putrajaya

KKM Bakal Siasat Dakwaan Individu Merokok Dalam Restoran Di Putrajaya

Salim Iskandar yang dikenali sebagai pro-pembangkang didakwa dilihat dalam satu rakaman video dipercayai sedang merokok di dalam sebuah restoran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kembali diberikan mandat sebagai Menteri Kesihatan dan menggalas tanggungjawab untuk mengetuai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), perkara yang menjadi tumpuan ramai adalah tentang perbuatan merokok di tempat awam. 

Ketika memegang jawatan yang sama sebelum ini, satu garis panduan telah diperkenalkan di mana premis restoran merupakan kawasan larangan merokok walaupun berada di kawasan terbuka.

Mereka yang masih mahu merokok dikehendaki berada pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari luar kedai makan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa tindakan merokok di dalam premis tertutup adalah tidak dibenarkan. 

Walaupun larangan itu masih dijalankan, tetapi penguatkuasaannya tidak begitu serius seperti mana ia mula diperkenalkan dahulu selepas beberapa pihak dipercayai selamba menyalakan rokok di dalam premis.


Individu Pro Pembangkang Dipercayai Merokok Dalam Restoran

Terbaharu, seorang individu bernama Salim Iskandar yang dikenali sebagai pro pembangkang didakwa telah mencetuskan kontroversi selepas dia dipercayai merokok di dalam restoran Nasi Lemak Royale Kedah di Putrajaya.

Difahamkan, pemilik premis turut berada di tempat yang sama ketika aksi itu dilakukan.

Rakaman video ketika kejadian telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial di laman X (Twitter @adzman86).

Dengan harapan perbuatannya diambil tindakan oleh pihak berkuasa, lelaki ini telah menyebut Dr Dzulkefly dan juga pihak KKM dalam ciapan tersebut.

Susulan itu, KKM telah memaklumkan tindakan Salim Iskandar kepada pihak Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKLP) untuk tujuan siasatan berhubung kes terbabit.


Salim Iskandar Telah Ditahan Pihak Polis Atas Kes Lain

Dalam perkembangan lain, Salim menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di laman X (Twitter) telah memberitahu bahawa dia telah ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu kes ciapan berhubung Akuan Berkanun (SD) berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik sumber Sinar Harian, peguam bela yang mewakili Salim iaitu Rafique Rashid berkata Salim telah ditahan pada jam 11:00 malam semalam (14 Disember) dan akan direman pada hari ini (15 Disember).

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd