Now Reading
Ada Orang Tiba-tiba Pengsan? Ini 6 Langkah Untuk Bantu Mangsa

Ada Orang Tiba-tiba Pengsan? Ini 6 Langkah Untuk Bantu Mangsa

Dalam istilah perubatan, seseorang yang pengsan secara tiba-tiba dalam tempoh singkat digelar sebagai ‘Syncope’.

Apa Nak Buat Kalau Ada Orang Pengsan Secara Tiba-tiba?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak anda tengok ada orang yang tiba-tiba pengsan atau pitam tanpa sebarang tanda yang mereka tidak sihat? Jangan terkejut sebab ada orang yang seperti ini.

BACA JUGA: [Video] Lelaki Terlibat Dalam Kemalangan Disyaki Pengsan Ketika Memandu

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Twitter mereka (@KKMPutrajaya), keadaan ini sebenarnya wujud dalam kalangan masyarakat.

Dalam istilah perubatan, situasi berkenaan digelar sebagai ‘Syncope‘ iaitu keadaan seseorang itu pengsan secara tiba-tiba dalam tempoh singkat kemudian kembali sedar.

Keadaan ini berlaku disebabkan aliran darah seseorang yang tidak mencukupi ke otak buat seketika waktu.

Sumber: Hello Dokter

Faktor yang menyebabkan seseorang pengsan secara tiba-tiba

Merujuk kepada laman portal rasmi KKM, Syncope boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:

  • Terdedah kepada cuaca panas yang melampau
  • Menahan lapar dalam tempoh yang lama
  • Tekanan emosi
  • Keletihan dan ketakutan melampau
  • Badan kekurangan air
  • Menghidap penyakit
    • Tekanan darah tiba-tiba menurun (hypotension)
    • Anemia
    • Degupan jantung tidak menentuk
    • Serangan penyakit di otak
    • Migraine

Gejala sebelum seseorang pengsan secara tiba-tiba

Sebelum seseorang itu pengsan secara tiba-tiba, terdapat beberapa gejala yang akan menyerang mereka seperti:

  • Kepala rasa berpusing
  • Rasa loya
  • Pucat
  • Berpeluh sejuk
  • Denyutan nadi terlalu laju
Sumber: Alodokter

Cara untuk bantu jika seseorang pengsan

Sekiranya ada individu di sekeliling anda yang pengsan, pertama sekali JANGAN PANIK! Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk membantu mangsa yang pengsan secara tiba-tiba.

  1. Angkat mangsa ke tempat yang selamat dan sejuk.
  2. Baringkan tubuh mangsa untuk mengelakkan serangan pengsan kali kedua sekiranya pesakit didirikan atau diletakkan dalam posisi duduk.
  3. Jika mangsa masih bernafas secara normal, angkat kakinya lebih tinggi daripada paras jantung dan longgarkan pakaian agar mangsa dapat bernafas dengan lebih mudah.
  4. Gerakkan tubuh dan cuba berkomunikasi dengan mangsa bagi mengembalikan kesedarannya.
  5. Sekiranya masih tidak ada sebarang respon, dapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi 999.
  6. Sekiranya mangsa sudah menyedarkan diri, berikan minuman atau air bergula sekiranya mereka mengalami diabetes dan segera bawa mangsa ke hospital.

Jika keadaan ini semakin melarat dan berterusan, lebih baik segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd