Now Reading
KKM Dedah Produk Kicap Jenama ABC Di Malaysia Selamat Dari Sulfur Dioksida

KKM Dedah Produk Kicap Jenama ABC Di Malaysia Selamat Dari Sulfur Dioksida

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada produk keluaran jenama ABC iaitu Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng dikesan dengan Sulfur Dioksida di Malaysia.

Farahin Fadzil
KKM Dedah Kicap Jenama ABC Di Malaysia Selamat Dari Sulfur Dioksida

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum bahawa produk keluaran jenama ABC iaitu Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng telah ditarik semula dari penjualan di pasaran Singapura.

Perkara tersebut dilakukan oleh Pihak Berkuasa Makanan Singapura (SFA) kerana mendapati bahan alergen iaitu Sulfur Dioksida yang tidak dilabel pada pembungkusan produk jenama tersebut.

Sulfur Dioksida merupakan bahan pengawet yang dibenarkan di dalam makanan mengikut kuantiti tertentu mengikut piawaian di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak melebihi 10mg/kg.

Tiada produk jenama ABC dikesan dengan Sulfur Dioksida di Malaysia

Berikutan itu, KKM mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman Twitter mereka (@KKMPutrajaya) semalam iaitu 12 September dengan memberikan penjelasan berkaitan hal berkenaan.

Melalui semakan menerusi data daripada Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), pihak mereka mendapati produk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng itu juga diimport ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, produk Kicap Soya Manis tersebut telah diarahkan menjalani ujian Tahan Uji Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara sejak Jun 2021.

Arahan pelabelan semula atau untuk dihantar semula ke negara asal turut dikeluarkan kseiranya tidak mematuhi keperluan pelabelan termasuk pelabelan Sulfur Dioksida.

Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehingga kini, tiada sampel produk kicap soya termasuklah keluaran jenama ABC dikesan mengandungi Sulfur Dioksida di Malaysia.

KKM juga sentiasa peka dan prihatian dengan perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

BACA JUGA: Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar Dengan Bakteria Salmonella – KKM


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd