Now Reading
Remaja Lelaki 13 Tahun Berkopiah Cuba Tikam Pak Cik Grab Guna Pisau Sudah Ditahan Polis

Remaja Lelaki 13 Tahun Berkopiah Cuba Tikam Pak Cik Grab Guna Pisau Sudah Ditahan Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, insiden dipercayai berlaku gara-gara remaja berkenaan tidak berpuas hati selepas dimaki oleh pemandu berkenaan ketika mengambil semula wang tambang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak kira anda berada di mana-mana tempat sama ada kawasan tertutup mahupun terbuka, pastikan sekeliling anda berada dalam keadaan selamat.

Ini kerana ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa tanpa dijangka seperti mana yang berlaku kepada seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.


Remaja Lelaki Buat Cubaan Untuk Tikam Pemandu E-Hailing

Semalam (27 November), tular satu video di media sosial menunjukkan situasi mencemaskan melalui rakaman dashcam di dalam kereta di mana seorang pemandu e-hailing di Sungai Petani, Kedah hampir ditikam menggunakan pisau.

Dalam video dimuat naik di laman grup Facebook Penduduk Sungai Petani Kedah, pemandu tersebut dilihat sedang membebel kepada penumpangnya yang merupakan seorang remaja lelaki dipercayai berusia 13 tahun kerana didakwa tidak menunjukkan arah destinasi yang betul.

Keadaan itu juga membuatkan pemandu berkenaan mula ‘panas hati’ dengan sikap remaja berkenaan yang dikatakan ‘main-main’.

“Saya pakai kereta cari duit, bukan ini macam. Saya bukan you punya bapak. Aiya lu ini olang, panas hati you bikin saya,” kata pemandu e-hailing itu.

Sumber: Facebook Penduduk Sungai Petani Kedah

Namun selepas tiba di destinasi, remaja itu secara tiba-tiba membuat cubaan untuk menikam pemandu e-hailing itu dari tempat duduk penumpang dan mahu mengambil wang dari tangan warga emas itu.

Walau bagaimanapun, cubaan itu tidak berjaya selepas tikaman terkena pada tali pinggang keledar dan pemandu tersebut juga sempat menyelamatkan dirinya dengan mengambil pisau pada tangan suspek.

Selepas cubaan untuk menikam tidak berjaya, remaja berkenaan terus berlari keluar daripada kereta.

Video penuh boleh klik [DI SINI].


Suspek Remaja Lelaki 13 Tahun Telah Ditahan Polis

Dalam perkembangan terbaharu, menantu kepada pemandu itu menjelaskan bahawa remaja terbabit telah ditangkap oleh pihak polis dan bapa mentuanya juga tidak mengalami sebarang kecederaan akibat situasi yang berlaku.

Sumber: Facebook

Pihak Polis Sahkan Tangkapan Terhadap Suspek

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan insiden dipercayai berlaku gara-gara remaja berkenaan tidak berpuas hati selepas dimaki oleh pemandu berkenaan ketika mengambil semula wang tambang.

Berdasarkan laporan yang dibuat sekitar jam 8:00 malam pada hari kejadian, pemandu e-hailing itu menerima pesanan menerusi aplikasi Grab untuk mengambil suspek di Lorong Taman Keladi untuk dihantar ke Bandar Sri Astana.

Namun ketika dalam perjalanan, remaja lelaki terbabit ada meminta untuk meminjam wang RM50 bagi membayar sewa rumah.

“Bagaimanapun pemandu itu memberitahu jika tiada wang, dia terpaksa menurunkan penumpang terbabit di lokasi berkenaan namun remaja terbabit enggan dan meminta membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang itu.

“Namun sampai di rumah berkenaan, remaja terbabit meminta membawanya semula ke Taman Keladi dan menerima bayaran sebanyak RM18 daripada remaja berkenaan dan turut melengahkannya kerana membawanya ke beberapa lorong kecil.

“Pengadu terpaksa menurunkan penumpang itu di lokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM9 dan penumpang itu memberikan wang RM20,” kata Zaidy Che Hassan.

Suspek berkenaan telah ditahan pada jam 10:00 malam semalam (27 November).


Ramai Netizen Bengang Dengan Tindakan Anak Muda Itu Yang Membahayakan

Video tersebut juga dikongsikan semula di laman X (Twitter @sungaikelaut) dan meraih pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya bengang melihat tindakan anak muda tersebut.

Ramai yang beranggapan bahawa remaja terbabit tidak sepatutnya melakukan aksi kejam itu memandangkan umurnya yang masih muda.

Malah, ada juga netizen yang berpendapat bahawa remaja lelaki itu perlu dimasukkan ke dalam penjara juvana bagi memberi pengajaran buat dirinya.

Pada masa sama, mereka turut tertanya-tanya bagaimana suspek boleh terjebak dalam melakukan jenayah sedemikian.

Sumber: X (Twitter)

Sebelum ini, kes hampir sama pernah berlaku kepada seorang pemandu e-hailing di Sentul selepas mangsa dipercayai telah ditikam dan disamun oleh penumpangnya.

Dipercayai, beberapa orang awam juga membunyikan hon kereta mereka bertujuan menghentikan pergaduhan itu dan mangsa juga menjerit meminta orang awam supaya menghubungi pihak polis.

Kejadian yang berlaku di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur itu mengakibatkan mangsa berlumuran darah.

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek merupakan lelaki berusia 23 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kes Tikam & Samun Pemandu e-Hailing Di Sentul, Suspek Dicekup Polis

Baca Artikel Berkaitan: Pisau Serupa Pen, Guru Khuatir Murid Darjah 5 Bawa Alat Bahaya Ke Sekolah 

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Suspek Tikam Wanita Guna Gunting Di Dobi Layan Diri Telah Ditahan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd