Now Reading
Pisau Serupa Pen, Guru Khuatir Murid Darjah 5 Bawa Alat Bahaya Ke Sekolah 

Pisau Serupa Pen, Guru Khuatir Murid Darjah 5 Bawa Alat Bahaya Ke Sekolah 

Cara untuk mengeluarkan pisau halus itu sama seperti mengeluarkan mata pen iaitu dengan menekan butang di bahagian atas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan murid-murid sekolah zaman sekarang ini agak berbeza jika dibandingkan ketika 10 tahun lalu.

Antara faktornya adalah kerana kemajuan teknologi dan pengaruh terhadap media sosial yang memaparkan pelbagai konten tanpa sebarang batasan umur.

Pendedahan itu juga boleh menjadi punca murid sekolah terikut-ikut untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya dan berisiko untuk membahayakan keselamatan diri.


Guru Terkejut Lihat Pisau Berbentuk Pen Dibawa Oleh Murid Sekolah

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@arminaaulad), seorang wanita menceritakan detik di mana suaminya yang bergelar guru menjumpai sebatang pen mekanikal dibawa oleh seorang murid darjah lima. 

Namun apa yang mengejutkan adalah apabila murid berkenaan memberitahu bahawa alat yang disangka pen itu sebenarnya menyimpan mata pisau yang sangat halus di dalamnya.

Menurut guru berkenaan, cara untuk mengeluarkan pisau halus tersebut juga sama seperti mengeluarkan mata pen iaitu dengan menekan butang di bahagian atas.

Ketika ditanya tentang mengapa kanak-kanak itu mempunyai alat berkenaan, dia berkata pisau terbabit berfungsi untuk menoreh tangannya.

Budak darjah 5 dah berfikir macam tu. Astagfirullahaladzim Allahuakbar. Parents, saya buat video macam ni bukan nak salahkan ke apa. Tapi pantau barang anak-anak sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Pengguna TikTok (@arminaaulad)

Wanita ini juga mengakui bahawa perubahan zaman yang semakin canggih ini perlu diberi perhatian oleh para ibu bapa kerana golongan muda juga semakin kreatif untuk melakukan sesuatu perkara.

Di akhir video berkenaan, wanita tersebut menasihati orang ramai agar memantau barangan yang dibeli atau dibawa oleh anak-anak.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 4.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@arminaaulad

Ya Allah. Semoga anak2 kita sentiasa dalam lindungan Allah, menjadi cotoh ikutan terbaik. Semoga kita pun rajin bersembang dengan anak untuk mengetahui perkembangan anak di sekolah. #bismillahjalanterus

♬ Happy Ukulele – TonsTone

Ramai Ibu Bapa Bimbang Selepas Mengetahui Pendedahan Tentang Pisau Bentuk Pen

Perkongsian video itu membuatkan ramai netizen terutamanya ibu bapa bimbang selepas melihat alatan tersebut.

Malah, segelintir netizen mendakwa pisau berbentuk pen itu turut dijual secara atas talian di platform media sosial.

Selepas menonton video tersebut, ada ibu bapa yang mahu menyemak bekas pensil milik anak tetapi lain pula yang dilihat selepas mendapati anaknya tidak mempunyai alatan menulis yang cukup seperti pensil dan pemadam.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang menjelaskan bahawa pisau berbentuk pen mekanikal itu sebenarnya digunakan untuk memotong kepingan pelekat (sticker).

Sumber: TikTok

Peralatan Yang Dilarang Dibawa Ke Sekolah

Sebagai info, terdapat beberapa barangan yang dilarang untuk dibawa ke sekolah iaitu seperti:

  • Peralatan tajam seperti pisau, pedang, paku, keris dan sebagainya.
  • Senjata api seperti pistol, senapan angin, mercun dan bunga api.
  • Dadah
  • Rokok dan vape
  • Minuman keras
  • Barangan untuk tujuan jualan termasuklah makanan dan minuman
  • Bahan pornografi
  • Bahan kimia yang membahayakan
  • Alat perjudian

Sebagai ibu bapa, anda perlu mengambil berat dengan segala perkara melibatkan anak-anak kerana dunia pada hari ini semakin meluas tanpa sebarang batasan dan ia sudah semestinya agak membimbangkan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd