Now Reading
Tular Kes Tikam & Samun Pemandu e-Hailing Di Sentul, Suspek Dicekup Polis

Tular Kes Tikam & Samun Pemandu e-Hailing Di Sentul, Suspek Dicekup Polis

Kejadian telah berlaku di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (25 Januari), satu kejadian menggemparkan media sosial apabila tularnya satu video di mana menunjukkan seorang lelaki dipercayai pemandu e-hailing telah ditikam dan disamun pada masa yang sama.

Kejadian berlaku di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur.

Menerusi video tular, mangsa yang berlumuran darah dipercayai pemandu e-hailing yang memandu kereta jenis Proton Saga, manakala lelaki berbaju hitam adalah suspek, iaitu pelanggannya.

Suspek dilihat bergelut dengan mangsa sehingga menyebabkan seluarnya terlondeh dengan baju berlumuran darah akibat ditikam.

Tonton video penuh di bawah:

Dipercayai, beberapa orang awam juga membunyikan hon kereta mereka bertujuan menghentikan pergaduhan itu dan mangsa juga menjerit meminta orang awam supaya menghubungi pihak polis.


Suspek berusia 23 tahun diberkas

Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam (25 Januari) di Kota Damansara, Selangor.

Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 47 tahun itu mengambil suspek yang juga penumpang itu di Putrajaya, kira-kira jam 1 petang.

Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek meminta nombor akaun untuk membuat pembayaran namun ketika mangsa sedang mencari nombor tersebut, suspek bertindak menikam leher mangsa sebelum melarikan diri dengan kenderaan milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai.

Mangsa yang cedera dibantu orang awam dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Nombor pendaftaran kereta dibuang

Pihak polis turut berjaya menemui semula kereta Proton Saga milik mangsa dengan nombor pendaftaran telah dibuang dalam tong sampah, serta beberapa barangan peribadi milik mangsa.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd