Now Reading
[Video] KJ & Shahril Hamdan Terhibur Teka ‘Slang’ Budak WeChat, Pening Nak Jawab!

[Video] KJ & Shahril Hamdan Terhibur Teka ‘Slang’ Budak WeChat, Pening Nak Jawab!

Antara singkatan bahasa ‘WeChat’ yang perlu diteka oleh KJ dan Shahril ketika dalam podcast Keluar Sekejap adalah OX, Y5, 5u dan 71.

bahasa wechat KJ shahril hamdan keluar sekejap podcast

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman dulu kalau seseorang yang lebih berusia duduk berbual dengan golongan muda, mungkin tiada masalah yang berlaku.

Tetapi sejak adanya teknologi canggih dan singkatan kepada beberapa perkataan lebih-lebih lagi melibatkan ‘Gen Z’, agak sukar juga untuk memahami perbualan mereka.

Mana tidaknya, singkatan yang digunakan itu ada kalanya bercampur antara huruf dan nombor.


KJ & Shahril Hamdan Cuba Untuk Fahami Bahasa ‘WeChat’

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di laman TikTok podcast Keluar Sekejap, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ bersama bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan telah menjadi tumpuan ramai.

Ini kerana mereka diuji untuk meneka ‘slang’ bahasa anak muda yang sering digunakan dalam aplikasi WeChat.

Video berdurasi 1:26 minit itu memperlihatkan aksi menghiburkan dua bekas ahli politik ini yang sedaya upaya memerah otak untuk menjawab soalan yang diberikan.

KJ dan Shahril juga dilihat terkejut apabila mengetahui jawapan sebenar kepada singkatan yang mereka tidak tahu.

Antara singkatan yang diberikan adalah:

  • OX (otak)
  • 71 (tujuan)
  • 6ber (number)
  • Is3 (isteri)
  • C2ac (situasi)
  • Dy (dia)
  • Y5 (wifi)
  • 5u (limau)

Kalau korang boleh jawab semua singkatan yang ditanyakan dalam video itu, maknanya korang adalah Gen-Z.

Video cabaran meneka bahasa Wechat itu telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 624,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@keluarsekejap/video/7297821728384781575

Netizen Pun Tersasul Nak Jawab ‘Slang’ Bahasa WeChat

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya terhibur melihat telatah KJ dan Shahril berteka-teki dengan bahasa WeChat tersebut.

Bukan setakat KJ dan Shahril sahaja pening kepala, malah netizen juga cuba menjawab ‘slang’ berkenaan dan terkejut dengan sesetengah jawapan.

Dalam pada itu, beberapa netizen pula mendakwa mereka tidak pernah menggunakan singkatan sedemikian ketika menggunakan WeChat pada ketika dahulu.

Sumber: TikTok

KJ Dan Shahril Lancar Podcast ‘Keluar Sekejap’ Di YouTube Pada Mac Lalu

Selain bergelar penyampai radio di stesen Hot FM, KJ juga telah melancarkan podcast pertama di YouTube bersama Shahril podcast dan diberi nama ‘Keluar Sekejap‘.

Baca Artikel Berkaitan: KJ & Shahril Hamdan Lancar Episod Pertama Podcast ‘Keluar Sekejap’ Di YouTube

Siaran pertama podcast ini membincangkan tentang topik ‘Pencapaian 100 Hari Madani’ berdurasi selama 40:58 minit.

Sehingga ke hari ini, mereka telah menghasilkan sebanyak 62 episod di YouTube dan mempunyai 196,000 pengikut.

Antara episod podcast mereka yang mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.4 juta tontonan adalah ketika menjemput Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

Baca Artikel Berkaitan: TMJ Says Khairy Has Leadership Potential


Bahasa Melayu Diwajibkan Bagi Penghantaran Surat Rasmi Kerajaan

Pada akhir Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mewajibkan syarikat tempatan atau institusi pengajian tinggi yang sering berurusan dengan pihak kerajaan untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam surat rasmi.

Beliau turut menegaskan surat rasmi yang dihantar tidak menggunakan bahasa kebangsaan akan dipulangkan semula.

Untuk info, perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dapat dilihat melalui kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan 1971.

Malah, bahasa ini turut menjadi bahasa ilmu yang menjadi medium dalam pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia melalui Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996).

Walau bagaimanapun, bangsa lain di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa perhubungan harian.

Baca Artikel Berkaitan: PM Wajibkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Surat Rasmi Kerajaan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd