Now Reading
Pernah Sertai PLKN, Alif Satar Beri Semangat Buat Individu Terpilih Untuk Daftar PLKN 3.0

Pernah Sertai PLKN, Alif Satar Beri Semangat Buat Individu Terpilih Untuk Daftar PLKN 3.0

Sebagai bekas peserta PLKN, Alif menyifatkan program tersebut dapat memberikan banyak manfaat seperti tubuh badan yang sihat serta menjadi lebih berdisiplin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengumumkan tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bakal diperkenalkan semula kepada para belia Malaysia.

Susulan berita mengejutkan itu, orang ramai telah kecoh di media sosial kerana berasa risau diri mereka dipanggil untuk menyertai program tersebut.

Ada juga di kalangan mereka membuat aduan bahawa pelantikan kemasukan ke program tersebut mampu menjejaskan kehidupan seharian yang penuh dengan komitmen.

Baca Artikel Berkaitan: Tular PLKN 3.0 Bakal Ambil Peserta Umur 16 Hingga 35 Tahun, Netizen Beri Pelbagai Reaksi


Alif Sarankan Individu Berkelayakan Daftar Untuk PLKN 3.0

Semalam (2 November), pelakon dan penyanyi terkenal tanah air iaitu Alif Satar telah menyuarakan pandangannya terhadap isu PLKN yang hangat diperkatakan ketika ini.

Sebagai bekas ikon PLKN ketika dirinya berusia 18 tahun, Alif menyifatkan program itu memberikan banyak manfaat bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan belia.

“Dengan adanya PLKN, ia mampu membantu mereka menjalani hidup yang lebih sihat dan berdisiplin,” kata Alif dalam sidang media drama bersiri barunya.

Tambah pelakon itu, PLKN bukan sahaja diperkenalkan untuk memperkasakan diri, malah tempat bagi mengumpul lebih ramai kenalan dari seluruh negara.

“Mereka yang baru habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mahu mengenali dunia, program ini amat sesuai untuk anda.”

“Di situlah saya berjumpa ramai peserta dari pelbagai latar belakang yang akhirnya kekal menjadi sahabat hingga hari ini,” kata pelakon itu.

Alif dalam masa sama memberi saranan kepada individu berkelayakan agar tidak melepaskan peluang menyertai PLKN 3.0 akan datang.

“Apabila pendaftaran dibuka, tidak perlu fikir panjang. Daftar sahaja,” tambah Alif.

Sumber: Instagram (@alifsatar)/FUH.my

PLKN 3.0 Terdiri Daripada Individu Lahir Tahun 2007 Ke Atas Sahaja

Hari ini (3 November), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa peserta PLKN 3.0 akan dipilih mengikut tahun kelahiran mereka.

“Ini bermaksud, garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0. Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 sahaja akan dipanggil untuk menjalani latihan,” kata Kementerian Pertahanan Malaysia.

Menjawab kepada persoalan masyarakat, umur 35 tahun yang disebut sebelum ini merujuk kepada tempoh seseorang peserta boleh menangguhkan perkhidmatan PLKN sekiranya mempunyai sebab peribadi.

Kementerian Pertahanan Malaysia turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang ramai berkenaan penetapan umur pelatih PLKN3.0.

Baca Artikel Berkaitan: Peserta PLKN 3.0 Hanya Dipilih Dari Individu Lahir Tahun 2007 Ke Atas Sahaja – Kementerian Pertahanan

Baca Artikel Berkaitan: PLKN 3.0 Bakal Diperkenalkan Semula, Kali Ini Latihan Di Kem Tentera – Tok Mat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd