Now Reading
Tular PLKN 3.0 Bakal Ambil Peserta Umur 16 Hingga 35 Tahun, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Tular PLKN 3.0 Bakal Ambil Peserta Umur 16 Hingga 35 Tahun, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Sesetengah pihak bimbang dengan kerjaya mereka sekiranya dipilih untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini telah mengumumkan tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bakal diperkenalkan semula.

PLKN 3.0 itu akan menggunakan kaedah baru iaitu dengan menjalani latihan kem tentera Wataniah selama 45 hari melibatkan 4,000 peserta.

Sebanyak 13 kem tentera akan digunakan bagi melatih peserta yang terlibat sebagai langkah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain membolehkan mereka mendapat situasi sebenar kententeraan dan kepolisan.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tahu Kategori Umum Peserta PLKN

Memetik sumber The Star, Kementerian Pertahanan menjelaskan walaupun latihan ini menyasarkan golongan muda berusia 16 sehingga 35 tahun, namun ia tidak akan menjejaskan pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pendedahan berkaitan lingkungan umur peserta yang bakal dipilih membuatkan netizen di media sosial tidak senang hati kerana khuatir jika mereka tersenarai untuk menjalani latihan tersebut.

Rata-rata netizen mempersoalkan tentang komitmen kerja, keluarga dan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan sepanjang tempoh ketika menjalani PLKN.

Pada masa yang sama, netizen juga bimbang jika jarak umur yang berbeza antara pelatih membuatkan mereka tidak mudah untuk bergaul antara satu sama lain.

Selain itu, faktor kudrat dan tenaga untuk mereka yang sudah berusia 30 tahun ke atas membuatkan mereka terfikir sama ada masih larat atau tidak jika diarahkan untuk memanjat tembok dan berkawad di tengah panas.


Akta Latihan Khidmat Negara (NSA) 2003

Walaupun ramai yang mempersoalkan tentang kriteria PLKN yang dimaklumkan oleh Kementerian Pertahanan baru-baru ini, sebenarnya ia telah termaktub dalam Akta Latihan Khidmat Negara (NSA) 2003 yang menyatakan bahawa kumpulan umur peserta PLKN adalah antara 16 hingga 35 tahun.

Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa melalui pengisytiharan boleh mengarahkannya melainkan jika akta ini memperuntukkan selainnya, tiap-tiap orang yang pada tarikh pengisytiharan itu telah mencapai umur sebagaimana yang dinyatakan dalam pengisytiharan, tidak kurang daripada enam belas tahun, tetapi belum mencapai umur sebagaimana yang dinyatakan dalam pengisytiharan, tidak lebih daripada tiga puluh lima tahun; dan merupakan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia, bertanggungjawab untuk menjalani latihan khidmat negara di bawah akta ini.

Akta Latihan Khidmat Negara (NSA) 2003.
Sumber: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Persoalan tentang bagaimana jika latihan ini akan menjejaskan kerjaya seseorang, ia telah dinyatakan di bawah Akta Latihan Khidmat Negara (NSA) 2003 bahawa jika pekerja dipilih untuk menjalani atihan khidmat negara dan perlu menangguhkan kerja untuk tempoh maksimum selama tiga puluh hari, maka majikan perlu memberikan pekerja berkenaan cuti untuk melengkapkan latihan.

Selain itu mengikut akta yang sama, majikan tidak boleh memotong sebarang amaun daripada gaji pekerja, pampasan lain, cuti tahunan atau memberi apa-apa penalti kepada mereka.

Baca Artikel Berkaitan: PLKN 3.0 Bakal Diperkenalkan Semula, Kali Ini Latihan Di Kem Tentera – Tok Mat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd