Now Reading
Grab Dikecam Isu Hantaran IGS Chloe Tong, Ini Penjelasan Sebenar

Grab Dikecam Isu Hantaran IGS Chloe Tong, Ini Penjelasan Sebenar

Grab Malaysia dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa pihak mereka kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan dan menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan juga pelaksanaan gencatan senjata.

grab malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berikutan konflik peperangan di antara Palestin-Israel ketika ini, majoriti rakyat Malaysia telah berpihak sepenuhnya kepada rakyat di Gaza yang pada ketika ini menderita dek kekejaman Zionis membedil wilayah berkenaan tanpa henti.

Peka dengan isu kesengsaraan yang dihadapi oleh warga Palestin, pelbagai jenis bentuk sokongan serta solidariti ditunjukkan pada ketika ini termasuklah perhimpunan Aman.

#FreePalestine.


Chloe Tong, Isteri Co-Founder Grab Didakwa Muat Naik IGS Berbaur Sokongan Terhadap Israel, Ini Penjelasan Sebenar

Semalam (3 November), satu ciapan menerusi laman X telah mula tular apabila ia dilihat memperbahaskan tentang hantaran di Instagram Stories (IGS) milik isteri kepada co-founder Grab iaitu Chloe Tong.

Namun menerusi carian kami, ciapan berkenaan telahpun dipadam.

Pihak TRP bagaimanapun telah menghubungi pihak Grab Malaysia untuk mendapatkan penjelasan serta kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan.


Chloe Tong Tampil Beri Penjelasan

Merujuk kepada penyebaran paparan tertentu dalam media sosial, individu berkenaan sudah pun menjelaskan yang ia adalah pandangan yang disuarakan menerusi platform peribadi, serta diambil di luar konteks sebenar.

Grab Malaysia menerusi kenyataan rasmi.

Chloe Tong dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa hantaran Instagram Stories (IGS) miliknya itu telah dimuat naik beberapa minggu lalu dan secara tiba-tibanya telah tular serta mengundang ucapan berbaur kebencian oleh orang ramai.

Screenshot of my previous Instagram stories from weeks ago are suddenly surfacing – and malicioulsy taken out of context and shared to stir more hatred. My insta-stories were done before I understood all that is happening with Gaza and Israel. Like the rest of humanity, I hope for ceasefire and peace.

Chloe Tong.

Chloe tidak ketinggalan untuk meluahkan rasa kesedihan terhadap setiap mangsa tidak bersalah yang telah maut akibat peperangan ini.


Grab Malaysia Umum Tidak Sokong Sebarang Keganasan

Grab Malaysia dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa pihak mereka kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan dan menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan juga pelaksanaan gencatan senjata.

“Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” jelas Grab.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd