Now Reading
[Video] Ditanya Isu Hukum Hantar Sihir Pada Perdana Menteri Israel, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

[Video] Ditanya Isu Hukum Hantar Sihir Pada Perdana Menteri Israel, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa umat Islam tidak boleh melampaui batas dan melakukan perkara haram kepada musuh ketika berperang.

UAI perjelas hukum sihir perdana menteri israel benjamin netanyahu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melihat kepada kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel kepada rakyat Palestin, ia telah menimbulkan kemarahan masyarakat seluruh dunia terutamanya penganut beragama Islam.

Penindasan rejim Zionis mendapat tentangan hebat selepas melihat banyak perhimpunan aman serta bantahan orang ramai yang menggesa agar peperangan tersebut dihentikan dengan segera.

Bukan sahaja Perdana Menteri Israel yang mendapat kecaman, malah penduduknya turut dibenci oleh pihak penyokong Palestin.

Artikel Berkaitan: Penduduk Dagestan Bantah Ketibaan Pendatang Israel Di Lapangan Terbang


Ustaz Azhar Idrus Perjelas Adab Berperang Dalam Islam

Menerusi video dimuat naik semula di laman TikTok (@izinberbagi7), pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus dilihat membacakan soalan yang diterimanya berkaitan hukum menghantar sihir kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Ustaz Azhar Idrus atau juga digelar sebagai UAI menjelaskan bahawa umat Islam tidak boleh melampaui batas dan melakukan perkara haram seperti membogelkan musuh ketika dalam peperangan.

Ini kerana tindakan tersebut tidak dianggap sebagai keperluan dalam peperangan.

Sebagai contoh, menelanjangkan musuh adalah tidak boleh walaupun dia membunuh kita. Menelanjangkan dia tidak boleh kerana aurat. Hukumnya haram.

Ustaz Azhar Idrus.

Walau bagaimanapun, UAI memberitahu bahawa tindakan yang lebih berat seperti menembak dan menikam dalam peperangan adalah dibenarkan kerana menghilangkan nyawa seseorang.

Meskipun adab berperang dalam Islam tidak membenarkan tentera membunuh orang awam, namun tindakan Israel yang telah menyerang ribuan penduduk awam di Palestin membolehkan pejuang Islam melakukan perkara sama.

UAI juga memberitahu bahawa perkara ini termaktub dalam dalil Allah SWT menerusi surah Al-Baqarah ayat ke-194:

فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَٱعْتَدُوا۟ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ ۚ

Maksudnya: Barangsiapa yang melampaui batas terhadap kamu, maka kamu boleh melampaui batas sama seperti yang dibuat ke atas kamu.


Apa Pula Hukum Jika Hantar Sihir Kepada Musuh?

Dalam video yang sama, UAI menjelaskan bahawa hukum menghantar sihir kepada musuh adalah haram dalam agama Islam.

Orang sihir kita, kita balas dengan sihir juga hukumnya tak boleh. Dia sihir, kita cari tukang sihir. Tak boleh.

Ustaz Azhar Idrus.

Jelas UAI lagi, perkara yang dibenarkan adalah dengan menterbalikkan sihir yang dihantar kepada individu itu sendiri dengan cara melakukan solat hajat dan doa.

Yang boleh buat adalah kita balikkan sihir dia tu sendiri. Kita tidak guna sihir. Kita kena solat hajat dan doa agar sihir dia itu kembali ke diri sendiri. Ini kerana penggunaan sihir adalah diharamkan dalam syarak.

Ustaz Azhar Idrus.

Video penjelasan dari pendakwah bebas ini telah meraih 2.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Puji Penerangan Yang Padat Oleh Ustaz Azhar Idrus

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji penjelasan yang ringkas dan padat diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai soalan yang diterimanya berkaitan hukum penggunaan sihir kepada musuh.

Malah, netizen juga bersetuju kerana sesebuah niat itu tidak akan menghalalkan cara.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut terhibur dengan soalan yang dilontarkan kepada UAI kerana tidak terfikir bahawa seseorang berniat untuk bertindak sedemikian kepada Benjamin Netanyahu.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Jadi Mangsa” – Ustaz Kongsi Kisah Ibu Hamil 2 Bulan Disihir Guna Tali Kasut

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Keluar Muntah Darah, Disyaki Ada Individu Tidak Dikenali Berdendam

Baca Artikel Berkaitan: “Tergamak Kau Ya” – Diva AA Dedah Diri Disihir, Dakwa ‘Dihantar’ Dari Orang Dalam Industri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd