Now Reading
“Tergamak Kau Ya” – Diva AA Dedah Diri Disihir, Dakwa ‘Dihantar’ Dari Orang Dalam Industri

“Tergamak Kau Ya” – Diva AA Dedah Diri Disihir, Dakwa ‘Dihantar’ Dari Orang Dalam Industri

Azwan Ali atau Diva AA mendedahkan kes sihir yang terjadi kepadanya dirinya telah berlaku pada tahun lepas dan ‘serangan’ itu tiba-tiba kembali.

DIVA AA DISIHIR

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ilmu hitam atau sihir adalah perkara yang diharamkan dalam agama Islam, tetapi segelintir pihak tidak mengendahkan hukum ditetapkan oleh Allah SWT itu dan mengambil keputusan untuk menggunakannya untuk tujuan melakukan khianat.

Terdahulu, seorang selebriti sensasi Azwan Ali atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA dikatakan telah menjadi mangsa sihir.

Diva AA mendakwa perbuatan khianat itu dilakukan oleh individu yang dikenalinya dalam industri.


Diva AA Dedah Badan Panas Seperti Terbakar Ketika Terkena Sihir

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@hibglam.com.my), Diva AA mendedahkan badannya terasa seperti dibakar saat terkena sihir tersebut.

Selebriti itu juga tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika menceritakan kisah dirinya yang disihir.

Sakit yang sakit sangat. Tergamak ya. Kena mesti marah sangat kat saya? Memang saya mulut jahat, saya akui. Tapi tak payah sihir kot. Memang sangat sakit, rasa macam dibakar.

Azwan Ali.

Jelasnya lagi, kes yang berlaku di antara individu yang menyihirnya dikatakan telah terjadi pada tahun lalu dan kini sudah hampir setahun berubat. Namun secara tiba-tiba, kesakitan itu kembali menyerangnya.

Ini bukan sisa-sisa. Ini lebih kepada ‘reattack’. Kes ni dah setahun dah pun. Dah setahun saya pergi berubat. Elok je. Tapi tiba-tiba dia datang serang balik.

Azwan Ali.

Diva AA Pulih Dari Sihir Selepas Berubat Dengan Ustaz

Terdahulu, Diva AA berkongsi rakaman video di laman X (Twitter @DivaAATersohor)menunjukkan wajahnya yang menahan kesakitan ketika sedang berubat dengan seorang ustaz.

Walau bagaimanapun, Diva AA memaklumkan dirinya kini sudah pulih dari sihir dan masih dalam rawatan untuk berubat. Dia juga berterima kasih dengan orang ramai yang turut mendoakan kesihatannya.


Ramai Netizen Mendoakan Kesihatan Diva AA

Perkongsian video yang dimuat naik oleh Diva AA meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan agar Diva AA diberi kesembuhan dari kesakitan yang dialaminya akibat sihir.

Sumber: Twitter

Diva AA Masih Kekal Dengan Karakternya

Memetik sumber Utusan, Diva AA menjelaskan dia tidak akan mengubah karakter dirinya meskipun sudah sembuh dari sihir.

Dia dikatakan akan tetap terus lantang bersuara tentang sebarang isu semasa. Walau bagaimanapun, elemen 3R iaitu raja, agama dna kaum tidak akan disentuh.

Saya bukan meroyan tidak tentu pasal. Saya akan terus ‘bantai’ sebarang isu sebab bukan buat fitnah. Makian juga adalah bertujuan untuk berlaku perubahan. Terpulang pada masing-masing untuk menilai diri ini.

Azwan Ali.

Sebelum ini, Diva AA membuat pendedahan mengenai dirinya yang telah sering diganggu makhluk halus akibat serangan sihir pada waktu tengah malam sekitar jam 3:00 pagi.

Sumber: Utusan | Twitter Diva AA | Hib Glam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd