Now Reading
Lelaki Ini Dedah Sebab Sanggup Beli Air Mineral Botol Berbanding ‘Install’ Mesin Air Di Rumah

Lelaki Ini Dedah Sebab Sanggup Beli Air Mineral Botol Berbanding ‘Install’ Mesin Air Di Rumah

Pengguna X (Twitter) ini berkata dia tidak mengambil servis mesin air kerana minuman tersebut dikatakan melalui proses osmosis berbalik atau juga disebut sebagai Reverse Osmosis (RO).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun semua air mineral mempunyai warna yang sama iaitu warna jernih, tetapi yang membezakan setiap satunya adalah jumlah mineral terkandung di dalamnya.

Ada macam-macam jenama air mineral yang boleh didapati di pasar raya seperti Spritzer, Evian, Bleu, Ice Mountain dan sebagainya.

Selain membeli botol air mineral untuk minuman harian, ramai juga yang mengambil mesin servis air untuk diletakkan di rumah atau pejabat.

Artikel Berkaitan: Semua Tahu Air Evian Mahal. Tapi Kenapa?

Artikel Berkaitan: Minum Air Banyak Ketika Sahur Tapi Kerap Buang Air Kecil? Ini Sebabnya!

Artikel Berkaitan: Evian & Snoopy Perkenal Rekaan Botol Air Mineral Eksklusif Edisi Terhad


Individu Ini Perjelas Kenapa Pilih Untuk Beli Air Mineral Berbotol-botol Berbanding Memasang Mesin Servis Air

Walaupun ramai pihak yang mengambil mesin servis air sebagai sumber air minuman mereka, namun sebaliknya pula yang dilakukan oleh seorang pengguna di laman X (Twitter @ibjela).

Menerusi ciapan yang dimuat naik, lelaki ini dilihat membeli beberapa karton air mineral sehingga memenuhi troli.

Tindakannya itu disedari oleh seorang jurujual di booth mesin air sebuah jenama terkenal yang juga mencuba untuk menawarkan servis mesin tersebut.

Namun, lelaki berkenaan bagaimanapun menolak tawaran yang diberikan dan beredar.

Pengguna X (Twitter) ini berkata dia tidak mengambil servis mesin air kerana minuman tersebut dikatakan melalui proses osmosis berbalik atau juga disebut sebagai Reverse Osmosis (RO).

Jelasnya lagi, air panas di dalam mesin air terdedah dengan mikroplastik yang menjadi laluan untuk mengeluarkan air.

Sumber: Carousell

Selain itu, lelaki ini juga mahu mengambil peluang untuk bersenam dengan mengangkat botol-botol air berkenaan.

Namun begitu, pengguna X (Twitter) tersebut memuji pemasaran perniagaan syarikat mesin air yang telah berjaya mendapat sambutan ramai sehingga mencapai hasil berjuta-juta.

Pengguna ini turut menyertakan kajian dari National Institute of Standards and Technology (NIST) yang menyatakan bahawa air panas tidak boleh terdedah dengan produk plastik bagi mengelakkan partikel nano terhasil.


Netizen Beri Pelbagai Pendapat Tentang Penggunaan Mesin Air

Ciapan berkenaan meraih pelbagai reaksi dari netizen terhadap penggunaan servis mesin air.

Sesetengah netizen berpendapat bahawa penggunaan mesin air tersebut lebih memudahkan penyediaan sumber air minuman untuk kehidupan seharian.

Namun, ada juga netizen yang lebih memilih untuk membeli botol air minuman secara tradisional dan perlu memasak air panas menggunakan cerek elektrik.

Dalam pada itu, mereka juga berkata komitmen bulanan dapat dikurangkan sekiranya tidak mengambil servis mesin air tersebut.

Sumber: X (Twitter)

Artikel Berkaitan: Semua Tahu Air Evian Mahal. Tapi Kenapa?

Artikel Berkaitan: Minum Air Banyak Ketika Sahur Tapi Kerap Buang Air Kecil? Ini Sebabnya!

Artikel Berkaitan: Evian & Snoopy Perkenal Rekaan Botol Air Mineral Eksklusif Edisi Terhad


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd