Now Reading
Evian & Snoopy Perkenal Rekaan Botol Air Mineral Eksklusif Edisi Terhad

Evian & Snoopy Perkenal Rekaan Botol Air Mineral Eksklusif Edisi Terhad

evian dan Snoopy berkolaborasi untuk memperkenalkan tiga rekaan unik bersama mesej bagi mengingatkan pengguna supaya mengekalkan hidrasi tubuh badan.

Evian & Snoopy Perkenal Rekaan Botol Air Edisi Terhad yang Eksklusif

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


evian, air botol semula jadi daripada air mata air di pergunungan Alps Perancis memperkenalkan kolaborasi eksklusif dan mengujakan bersama jenama kesayangan ramai, Peanuts yang mengeluarkan rekaan edisi terhad bertemakan snoopy.

Edisi terhad evian dan snoopy 2023 menampilkan tiga rekaan yang unik serta ceria dengan mesej-mesej positif daripada evian dan snoopy.

Kerjasama di antara dua jenama ikonik itu pastinya mencetuskan keceriaan dan menyegarkan tubuh serta minda dengan air tulen semula jadi evian.

Dengan menggalakkan para pengguna untuk menikmati hidup sepenuhnya, tiga rekaan evian x snoopy hadir dengan satu kod QR yang membolehkan pelanggan menghasilkan avatar digital unik yang diinspirasikan daripada Peanuts untuk dikongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Pelanggan boleh berseronok dengan mengubahsuai avatar yang diinspirasikan daripada Peanuts mereka sendiri menerusi warna kulit, rambut, ekspresi wajah dan banyak lagi, sambil menikmati air tulen yang mengandungi mineral-mineral semula jadi daripada pergunungan Alps Perancis. 


Sertai Peraduan evian x snoopy Untuk Menangi Hadiah Edisi Terhad

Sempena pelancaran rekaan edisi terhad evian x snoopy ini, rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam peraduan evian x snoopy yang dianjurkan oleh evian di seluruh negara.

Pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah evian x snoopy edisi terhad seperti beg galas, peti sejuk mini dan papan selaju dengan perbelanjaan minimum RM18 ke atas produk-produk evian (salah satunya mestilah snoopy) di mana-mana pasaraya utama dan kedai serbaneka di seluruh negara, atau membelinya secara dalam talian di Stor Rasmi di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut berkaitan peraduan, boleh klik [DI SINI].

Sumber: Siti Murni/TRP

evian x snoopy Kini Buka Booth Pop-Up Di Aeon, Mid Valley

Selain itu, evian x snoopy juga membuka pop-up booth di Aeon, Mid Valley sehingga 2 Julai 2023.

Sepanjang booth itu dibuka, semua pelanggan yang membeli produk evian dengan sekurang-kurangnya satu barangan snoopy bernilai RM30 dan ke atas akan menerima satu beg tote evian bernilai RM50.

Aktiviti istimewa pada hujung minggu turut diadakan seperti cetakan avatar dengan perbelanjaan minimum RM30 ke atas produk evian (salah satunya mestilah snoopy) serta peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Spin & Win. 

Sumber: Siti Murni/TRP

Kumpulkan kesemua tiga rekaan unik #evianxsnoopy hari ini di semua pasaraya utama dan kedai-kedai serbaneka. Ia juga boleh didapati di Stor Rasmi evian di Shopee dan Lazada.

Nikmati keseronokan menghasilkan avatar Peanuts unik anda sendiri dan kunjungi pop-up booth evian x snoopy pop-up di Aeon, Mid Valley! Maklumat lanjut mengenai rekaan edisi terhad evian x snoopy, peraduan dan pop-up booth tersebut, boleh klik [DI SINI].


Air Mineral Semula Jadi evian

Air mineral semula jadi evian memperoleh rasa yang sejuk dan unik daripada perjalanannya merentasi pergunungan Alps Perancis selama 15 tahun. Ia bermula sebagai salji dan mengalir perlahan-lahan melalui lapisan batu-batu glasier di mana air tersebut ditapis secara semula jadi serta dipertingkatkan dengan elektrolit dan mineral.

Alam semula jadi memberikan air dengan segala yang diperlukannya, tanpa memerlukan kita menambah perisa atau meningkatkannya dengan bahan-bahan lain. Selain mengimbangi semula dan menyegarkan tubuh, minda dan semangat ke tahap optimum, mineral-mineral dan elektrolit semula jadi pada air evian membuatkan rasanya lebih sejuk dan sedap ketika diminum.

Air mata air semula jadi evian diambil dan dibotolkan dari sumber (Cachat Spring) di pergunungan Alps Perancis. 

BACA JUGA: Semua Tahu Air Evian Mahal. Tapi Kenapa?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd