Now Reading
Betul Ke Air Dari Gunung Raya Di Langkawi Ada Kandungan Silika Antara Tertinggi Di Dunia?

Betul Ke Air Dari Gunung Raya Di Langkawi Ada Kandungan Silika Antara Tertinggi Di Dunia?

Jenama mineral Langkawi Pure dan LWI Blue diambil daripada sumber air 130 meter di bawah Gunung Raya yang terletak di Langkawi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Air mineral merupakan minuman yang diambil dari sumber air bawah tanah dengan kandungan mineral atau gas terlarut yang tinggi, seperti kalsium dan magnesium.

United States Food and Drug Administration (FDA) mengklasifikasikan air mineral sebagai minuman yang mengandungi sekurang-kurangnya 250 bahagian per juta (ppm) keseluruhan pepejal terlarut.

Di Malaysia, pembuat air mineral perlu mendapatkan lesen dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Permohonan Pelesenan Punca Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi oleh Kementerian Kesihatan.

Minuman mineral didapatkan daripada punca air yang boleh ditemui di beberapa tempat dalam negara seperti di Taiping (Perak), Ulu Tiram (Johor) dan Mersing (Johor).

Terdapat pelbagai jenama minuman mineral terkenal yang dikilangkan di Malaysia seperti Spritzer, Desa, Cactus dan Bleu.

Gambar sebagai hiasan. Sumber: Pexels.

Air Dari Gunung Raya Di Langkawi Tinggi Silika

Menerusi satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2012 ke atas lima jenama minuman mineral iaitu Spritzer, Ice Mountain, Bleu, Select dan Cactus, hanya Spritzer yang mengandungi silika.

Kini, terdapat beberapa jenama mineral lain yang lebih premium dan turut mengandungi silika seperti Langkawi Pure dan LWI Blue.

Menurut seorang pengguna laman X (@adibhazlami), Gunung Raya yang terletak di Langkawi mungkin mempunyai air dengan kandungan silika paling tinggi di dunia.

Punca airnya terletak sedalam 130 meter di bawah gunung tersebut dan dikelilingi batu-batuan berusia lebih 550 juta tahun.

Sumber air ini dikilangkan oleh Langkawi Pure (kandungan silika 84.9 mg/l) dan LWI Blue (94 mg/l).


Socosani Air Mineral Paling Banyak Kandungan Silika

Hasil carian kami mendapati bahawa Gunung Raya tidak mempunyai air mineral dengan kandungan silika tertinggi di dunia.

Walau bagaimanapun, kandungan silikanya adalah tertinggi di Malaysia dan antara paling banyak di dunia.

Setakat ini, air mineral dengan kandungan silika tertinggi di dunia adalah jenama Socosani yang diambil dari sumber air di Pergunungan Andes, Peru.

Berikut merupakan senarai beberapa jenama mineral antarabangsa dan tempatan dengan kandungan silika tinggi:


Silika Penting Untuk Tubuh Badan

Berdasarkan kepada laman web Spritzer, silika merupakan mineral yang penting dalam penghasilan kolagen oleh tubuh badan. Kolagen diperlukan bagi kesihatan jantung, usus dan tulang, serta akan menjadikan kulit lebih licin dan kuku semakin kuat.

Kekurangan mineral ini boleh menyebabkan kecacatan pada tengkorak dan tulang periferal, kekurangan kandungan tulang rawan dan kolagen, serta gangguan keseimbangan mineral di tulang belakang dan tulang peha.

Merupakan molekul yang terbina dari silikon dan oksigen, silika boleh ditemui secara semula jadi di dalam air, tumbuh-tumbuhan, haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Antara makanan dengan kandungan silika tinggi ialah kacang buncis, pisang, sayur-sayuran berdaun, beras perang, bijirin dan lentil.

Gambar sebagai hiasan. Sumber gambar: Unsplash.

Silika Lindungi Otak Dari Kesan Buruk Aluminium

Selain itu, silika juga merupakan mineral yang penting untuk kesihatan otak.

Satu kajian ke atas 3,777 individu berusia 65 tahun ke atas telah dijalankan di Perancis dari 1988 hingga 2004. Ia bertujuan untuk menyelidik hubungan antara pendedahan terhadap kandungan aluminium dan silika dengan risikonya terhadap kemerosotan kognitif, dementia dan penyakit Alzheimer.

Hasil kajian mendapati individu dengan pengambilan aluminium harian tinggi melalui air minuman menyebabkan kemerosotan kognitif lebih teruk, meningkatkan risiko dementia serta mungkin menjadi faktor risiko penyakit Alzheimer.

Sebaliknya, pengambilan tambahan 10 mg/l silika mengurangkan risiko dementia. Malah, silika bersama-sama kadar pH tinggi memberikan kesan perlindungan terhadap kandungan aluminium tinggi di dalam tubuh badan.

Baca Artikel Berkaitan: Semua Tahu Air Evian Mahal. Tapi Kenapa?

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Sebab Sanggup Beli Air Mineral Botol Berbanding ‘Install’ Mesin Air Di Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Suami Madammmu Tak Bagi Bayi Sulung Mandi Guna Air Paip, Sanggup Belikan Air Mineral


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd