Now Reading
[Video] Rakaman CCTV Dakwa Lelaki Cuba Curi Beg Wanita, Rupanya Ada Plot Twist

[Video] Rakaman CCTV Dakwa Lelaki Cuba Curi Beg Wanita, Rupanya Ada Plot Twist

Perbuatan lelaki ‘misteri’ itu disedari oleh teman lelaki kepada wanita berkenaan dan pekerja kedai sebelum mereka berdua mahu mengejar ‘suspek’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini memang banyak kes jenayah yang semakin berani dilakukan tanpa mengira tempat dan waktu terutamanya kes ragut dan samun.

Nak tak nak, kita perlu sentiasa berwaspada dengan persekitaran di sekeliling tidak kira di kawasan terbuka atau tertutup.


Tunjuk Rakaman CCTV Lelaki Cuba Ambil Beg Pelanggan, Ada ‘Plot Twist’ Rupanya!

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@Kenangancofee.my), kelihatan seorang lelaki berbaju hitam dalam rakaman CCTV itu melakukan aksi yang agak mencurigakan.

Selepas berdiri, lelaki berkenaan secara perlahan-lahan mendekati kerusi seorang pelanggan wanita sebelum mengambil sebuah beg miliknya.

Namun perbuatan lelaki misteri itu disedari oleh teman lelaki kepada wanita berkenaan dan pekerja kedai sebelum mereka berdua mahu mengejar ‘suspek’.

Mesti ramai yang berdebar-debar nak tahu apa yang berlaku seterusnya, kan?

Rupanya, aksi itu adalah lakonan semata-mata dan hanyalah trick marketing untuk jenama Kenangan Coffee bagi promosi terbaharu mereka.

@kenangancoffee.my GEMPAR: Aksi seorang lelaki di Kenangan Coffee yang dipercayai cuba melarikan beg seorang pelanggan dirakam oleh CCTV. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut sebenarnya ingin mempromosikan "Coffee RM1*" sempena ulangtahun pertama Kenangan Coffee. Anda tunggu apa lagi? Rebut promosi istimewa ini sekarang! #KenanganCoffee #KenanganKita #1stAnniversary ♬ original sound – Kenangancoffee.my

Netizen Tak Jangka Rupanya Video ‘Mencuri’ Hanyalah Marketing Sahaja

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selepas melihat penghujung video tersebut dan tidak menyangka ia hanyalah marketing sahaja. Mereka juga memuji cara pemasaran jenama Kenangan Coffee itu yang unik serta lain daripada yang lain.

Siapa yang berdebar waktu tengok video tersebut, kita geng!

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd