Now Reading
Nak Makan Free Punya Pasal, Pelanggan Di Kuching Sanggup Berlakon Jadi ‘Superstar’

Nak Makan Free Punya Pasal, Pelanggan Di Kuching Sanggup Berlakon Jadi ‘Superstar’

Pelanggan itu mendakwa dia adalah pelakon terkenal Hong Kong bernama Zhao Wei.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali kita makan di mana-mana restoran, perkara yang paling penting adalah membuat pembayaran termasuklah hidangan yang dinikmati serta servis mereka.

Zaman sekarang ini pun sudah banyak kaedah pembayaran yang boleh dilakukan seperti kad debit, kad kredit, kod QR, DuitNow dan wang tunai.

Meskipun pelbagai kemudahan disediakan untuk membuat pembayaran, namun ada juga pelanggan yang enggan berbuat demikian.

Menerusi hantaran dimuat naik oleh pengguna Facebook yang merupakan ‘food blogger’ bernama Ah Ong, dia menceritakan satu kejadian melibatkan seorang pelanggan yang menjamu selera di sebuah restoran di Kuching dan telah memesan hidangan sehingga melebihi RM100.

Sumber:Freepik

Namun selepas pelanggan berkenaan selesai menikmati kesemua makanan, dia bertanya sama ada pihak restoran boleh menaja hidangan pesanannya dan mendakwa dia adalah pelakon Hong Kong bernama Zhao Wei.

Sebagai balasan, wanita tersebut mengatakan dia boleh mempromosikan restoran itu kepada masyarakat umum.

Rakan kepada Ah Ong walau bagaimanapun tidak ‘termakan’ dengan helah pelanggan terbabit dan memintanya untuk tetap membuat pembayaran.

“Dia marah kawan saya dan buat bising. Dia keluar dari restoran dan mengambil gambar dari luar serta mengugut untuk menularkan premis itu,” kata blogger tersebut di hantaran Facebook.

Sumber: Freepik

Lebih mengejutkan, perkara ini bukanlah kali pertama berlaku melibatkan pelanggan restoran terbabit yang mendakwa dirinya sebagai Zhao Wei.

Difahamkan, kejadian ini sudah terjadi buat kali keempat dan kebanyakannya wanita berkenaan akan mencuba nasib untuk makan secara percuma.

Ong juga mendakwa pelanggan berkenaan tidak kelihatan seperti golongan kurang berkemampuan kerana ketika diekori dari luar restoran, wanita tersebut dilihat memandu kereta jenama Mercedes.

“OMG! Dia memandu kereta dua pintu jenama Mercedes! Dia siap boleh tips RM20 kepada kawan saya,” kata blogger itu.

Sumber: Freepik

Perkongsian itu juga membuatkan netizen turut bengang dengan sikap pelanggan berkenaan yang sering meminta pihak restoran untuk menaja hidangannya.

Yang membuatkan netizen lebih geram lagi adalah apabila individu tersebut dipercayai seseorang yang berduit.

Sementara itu, ada juga netizen yang terhibur dengan ‘pelakon’ veteran berkenaan yang tidak mampu untuk membayar makanannya dan berpendapat wanita tersebut bukanlah seorang selebriti seperti dakwaannya.


Zhao Wei Yang Sebenar

Sumber: Instagram

Zhao Wei adalah seorang pelakon berbangsa Cina yang pernah membintangi beberapa filem sejak tahun 1994 seperti My Fair Princess, Shaolin Soccer, Red Cliff dan Painted Skin.

Sejak namanya lebih dikenali pada tahun 1998, Zhao Wei menjadi salah seorang pelakon yang mempunyai bayaran tertinggi serta selebriti berpengaruh dalam industri hiburan bangsa Cina.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd