Juruterbang MAS Terharu Penumpang ‘Selit’ Nota Ucap Terima Kasih Atas Penerbangan Yang Lancar
Penumpang terbabit bimbang jika penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Kuching menaiki Malaysia Airlines akan ‘bergegar’ akibat cuaca kurang baik.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sesetengah individu agak takut untuk menaiki kapal terbang, lebih-lebih lagi apabila berlaku ‘turbulence’ yang membuatkan penumpang rasa bergegar di dalam pesawat.
Waktu itu, memang jantung berdebar-debar sungguh!
Pada 6 Oktober lalu, pesawat Malaysia Airlines MH2522 dari Kuala Lumpur ke Kuching telah melalui situasi sama dalam cuaca yang kurang baik.
Salah seorang penumpang meluahkan rasa takut dengan keadaan ‘turbulence’ serta cuaca mendung seperti yang dilaporkan dan bimbang jika kapal terbang mereka akan bergegar.
Walau bagaimanapun, penerbangan mereka berjalan dengan lancar apabila penumpang berkenaan menulis nota sebagai tanda terima kasih dan diletakkan pada beg kertas MAS dalam pesawat berkenaan.
Dalam nota itu, penumpang tersebut memaklumkan dia mempunyai pengalaman penerbangan yang menakjubkan dan berharap agar kaptain dan kru kapal terbang dapat menikmati hujung minggu yang baik.

Kapten Paul Lau yang membawa pesawat pada hari berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada penumpang itu bagi pihak kru yang lain atas ucapan yang menyentuh hati.
Mereka juga berharap agar dapat berjumpa lagi dengan penumpang tersebut dalam penerbangan MAS yang seterusnya.
Ucapan dari anda membuatkan hari kami lebih ceria dan menjadikan kami lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik kepada para penumpang.
Kaptain Paul Lau di Malaysia Airlines.
Lau juga meminta maaf kerana terpaksa memasang isyarat untuk memakai tali pinggang sepanjang masa ketika tempoh penerbangan berikutan cuaca kurang baik.
Netizen juga meluahkan rasa senang melihat interaksi dan respon dari juruterbang itu sambil memberi pujian kepada kru syarikat penerbangan tersebut.
Dalam pada itu, netizen juga berpendapat mungkin beg kertas yang disediakan kepada penumpang kurang sihat boleh dimanfaatkan seperti cara penumpang terbabit.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threadsdan Instagram