“Ini Je Yang Saya Mampu Setakat Ni” – Alif Satar Beli Payung RM5,000 Jenama Rolls-Royce
Payung Rolls-Royce berwarna oren yang dibeli oleh Alif Satar itu mempunyai logo kecil pada bahagian batang payung.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap orang mesti akan ada kereta idaman masing-masing daripada jenama mewah seperti Tesla, Ferrari, Lamborghini dan sebagainya.
Bagi selebriti tempatan ini iaitu Alif Satar, salah satu kereta yang diidamkan adalah dari jenama Rolls-Royce.
Baru-baru ini ketika majlis pelancaran kereta elektrik pertama Rolls-Royce di Malaysia, aksi Alif Satar membeli ‘sesuatu’ menarik perhatian ramai pihak.
Alif Satar Beli Payung Jenama Rolls-Royce Harga RM5,000
Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh usahawan Asyraf Khalid di laman TikTok miliknya (@tunasyrafkhalid), Alif Satar dilihat telah membeli sebuah payung jenama Rolls-Royce dengan harga RM5,000.
Aliff menjelaskan dia hanya mampu untuk membeli payung sahaja dari jenama kereta mewah itu buat masa ini.
Inilah Rolls-Royce yang aku mampu beli sekarang.
Selebriti Alif Satar.
Payung berwarna oren itu mempunyai logo Rolls-Royce pada bahagian atas batang payung berkenaan.
Sebagai info, payung tersebut sebenarnya akan diberi secara percuma kepada mereka yang membeli kereta dari Rolls-Royce dan mempunyai ruangan simpanannya tersendiri di dalam kenderaan.
Payung tersebut juga dijual secara berasingan kepada mana-mana pihak yang meminati jenama mewah berkenaan.
@tunasyrafkhalid @alifsatar beli payung RM 5000? Steady broo
♬ Cornfield Chase – Hans Zimmer
Netizen Puji Sikap Rendah Diri Dimiliki Oleh Alif Satar
Di ruangan komen video, ramai netizen yang memuji sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh Alif meskipun dia difahamkan telah memiliki kereta SUV jenama Rolls-Royce jenis Cullinan.
Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen yang bergurau kononnya mereka juga mendapat payung percuma selepas membeli kereta dari jenama tempatan seperti Perodua.

Profil Tentang Alif Satar
Alif yang kini berusia 33 tahun telah dilahirkan pada 19 September 1990 di Kuala Lumpur dan menjadi anak sulung kepada empat orang adik-beradik.
Nama Alif Satar mula dikenali dalam industri hiburan selepas mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.
Selain bergelar pengacara, pelakon dan penyanyi, Alif juga mempunyai perniagaan iaitu Alif Satay di beberapa cawangan sekitar Malaysia.
Artikel Berkaitan: “Alif Satay?” – Wajah Gadis Mirip Alif Satar Buat Ramai Terhibur, Siap Empunya Badan Komen Lagi [Video]
Artikel Berkaitan: “Sama Weh!” -Akhirnya Alif Satar Berjumpa Gadis Yang Seiras Dengannya [Video]
Sumber: TikTok @tunasyrafkhalid | Iluminasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.