Now Reading
“Ke Mana Hala Tuju Selepas Ini” – Hantaran Mangsa Nahas Di Putrajaya Seolah Beri Petanda Bakal ‘Pergi’

“Ke Mana Hala Tuju Selepas Ini” – Hantaran Mangsa Nahas Di Putrajaya Seolah Beri Petanda Bakal ‘Pergi’

Rakan kepada salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas kemalangan di Putrajaya itu memaklumkan arwah kelihatan banyak berdiam diri beberapa hari lalu.

hantaran terakhir mangsa nahas putrajaya (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (20 September), satu insiden kemalangan melibatkan sebuah lori yang merempuh 12 kenderaan dari arah Persiaran Utara menghala ke Presint 12, Putrajaya.

Nahas kemalangan yang berlaku itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori besar yang gagal menekan brek sebelum merempuh beberapa kenderaan di bahagian kiri jalan.

Artikel Berkaitan: [Video] Lori Gagal Brek Disyaki Punca Konvoi Diiringi Polis Trafik Terlibat Kemalangan Di Putrajaya

Insiden terbabit turut meragut nyawa dua orang penunggang motosikal dan menyebabkan pemandu lori terbabit ditahan polis.


Hantaran Dimuat Naik Di Laman Instagram Mangsa Seperti Beri Petanda Tentang Ajalnya

Memetik sumber Sinar Harian, salah seorang mangsa yang maut adalah seorang lelaki berusia 25 tahun dikenali sebagai Faris Haziq Abu Bakar.

Rakan kepada Allahyarham iaitu Syafiq Abu Suffian meluahkan rasa terkejut dengan berita pemergian tersebut.

Menurutnya, arwah bersikap agak pelik sejak beberapa hari lalu. Walau bagaimanapun, perubahannya tidak begitu ketara.

Arwah yang saya kenali merupakan seorang insan ceria dan suka bergurau dengan rakan-rakannya, namun sejak beberapa hari lalu, arwah lebih gemar berdiam diri.

Rakan kepada Allahyarham iaitu Syafiq Abu Suffian.

Dalam pada itu, hantaran terakhir yang dimuat naik oleh arwah di laman Instagram pada lima hari lalu juga diselitkan dengan kapsyen ‘Ke mana hala tuju selepas ini’ yang seolah-olah memberi petanda tentang ajalnya.

Sumber: Sinar Harian

Seorang lagi rakan kepada arwah turut meluahkan rasa sedih dengan kehilangan rakan karibnya yang sudah dikenali sejak tujuh tahun lalu.

Muhammad Azren Nordin, 30, berkata arwah merupakan seorang individu yang sangat menjaga nilai persahabatan dan sering bersama-sama untuk pergi ke pelbagai lokasi.

Saya akui amat terasa kehilangan arwah, tak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika ini. Dia memang amat rapat dengan kami. Kalau kata nak pergi ke mana-mana, mesti dia akan ajak kami bersama.

Rakan kepada arwah iaitu Muhammad Azren Nordin.
Rakan kepada arwah iaitu Muhammad Azren Nordin. (Sumber: Sinar Harian)

Dalam kejadian kira-kira jam 10:14 pagi itu, dua penunggang motosikal dilaporkan telah terkorban manakala tujuh individu lain mengalami kecederaan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kesemua kenderaan yang terlibat sedang berhenti bagi memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi (LTdL).

Kami mendoakan agar keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Sinar Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd