Now Reading
Artis Kurang Upaya Teruja Dapat Hadiahkan Lukisan Potret Kepada Cristiano Ronaldo

Artis Kurang Upaya Teruja Dapat Hadiahkan Lukisan Potret Kepada Cristiano Ronaldo

Fatemeh berpeluang untuk menghadiahkan dua lukisan potret Cristiano Ronaldo yang dilukis olehnya sebelum ini kepada pemain bola terkenal tersebut di ibu pejabat Al Nassr FC Tehran, Iran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cristiano Ronaldo, nama yang sudah cukup terkenal di serata dunia. Bagi mereka yang tidak minat dengan bola sepak pun pasti mengenali pemain veteran bola sepak antarabangsa ini.

Sebelum ini, Ronaldo yang bersama kelab bola sepak Manchester United telah meneruskan kerjayanya dengan kelab Al Nassr.

Mempunyai sejarah dan pencapaian yang membanggakan, Ronaldo telah menjadi idola buat orang ramai di luar sana untuk tidak berputus asa demi mencapai impian masing-masing.


Pelukis Potret Kurang Upaya Teruja Jumpa Cristiano Ronaldo Di Al Nassr FC, Tehran

Impian seorang artis kurang upaya bernama Fatemeh Hamami akhirnya menjadi kenyataan apabila dia telah bertemu dengan Cristiano Ronaldo di ibu pejabat Al Nassr Football Club (FC) Tehran, Iran.

Menerusi klip video dikongsikan di akaun Instagram (@fatemehamami), Ronaldo dilihat sedang menyapa serta memeluk wanita yang berasal dari Iran itu dengan gembira.

Bukan itu sahaja, Fatemeh juga berpeluang untuk menghadiahkan dua lukisan potret Ronaldo yang dilukis olehnya sebelum ini kepada pemain bola terkenal tersebut.

“Thank you, thank you,” ujar Ronaldo dalam hantaran yang sama.

Sumber: Instagram (@fatemehamami)

Menurut pengurus bola sepak Iran Ali Daei, Fatemeh mempunyai sebanyak 85 peratus kecacatan fizikal dan membolehkannya melukis menggunakan kakinya sahaja.

Walaupun melukis menggunakan kaki, namun karya-karya yang dihasilkan oleh Fatemeh memang sungguh cantik ya. Nampak ‘real’!

Terdahulu, dia juga pernah melukis beberapa potret selebriti dan pemain bola sepak yang lain seperti Selena Gomez, Lionel Messi, Shah Rukh Khan dan ramai lagi.

Sumber: Instagram (@fatemehamami)

Bercita-cita Untuk Jadi Seorang Pelukis? Ini 3 Aplikasi Yang Boleh Bantu Anda

Ramai di kalangan orang muda di luar sana yang bercita-cita untuk menjadi seorang artis apabila sudah besar nanti.

Namun, rata-rata daripada mereka pasti tidak tahu cara untuk memulakan kerjaya ini. Usah risau, di sini kami kongsikan beberapa aplikasi melukis di peranti pintar yang boleh membantu anda untuk mengasah bakat. Antaranya:

1. How To Draw – Easy Lessons

Sumber: Google Play/App Advice

Aplikasi ini sesuai buat kanak-kanak yang baru sahaja mahu belajar untuk melukis. Terdapat juga beberapa kategori lukisan yang boleh dipilih seperti kartun, haiwan dan alam semula jadi.

Selain melukis, anda juga boleh memilih mod mewarna yang disediakan di aplikasi tersebut.

2. Learn To Draw Digital Sketchbook

Sumber: CNET

Aplikasi ini dilancarkan oleh Walter Foster yang mempunyai hampir 100 tahun pengalaman dalam bidang penerbitan buku panduan melukis.

Bagi mereka yang mahu belajar melukis lukisan yang lebih kompleks seperti pemandangan dan lukisan 3D, ini adalah aplikasi yang sesuai untuk anda.

3. Drawy

Sumber: App Advice

Mempunyai tahap kesukaran melukis yang berbeza, aplikasi ini membolehkan anda mencabar keupayaan diri untuk melukis sesebuah karya.

Paling menarik, ia juga tersedia dengan lebih 40 tutorial yang boleh diikuti. Kalau anda tidak pasti nak bermula dari mana, tengok sahaja tutorial itu.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kreatif! Netizen Kagum Lelaki Ini Hasilkan Lukisan Atas Kulit Durian & Buluh Lemang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU

Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Beli Lukisan Parlimen Dengan Muka Menteri Seperti Beruk & Katak

Sumber: Astro Awani | Instagram (@fatemehamami) | Sinar Bestari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd