Now Reading
[Video] Kreatif! Netizen Kagum Lelaki Ini Hasilkan Lukisan Atas Kulit Durian & Buluh Lemang

[Video] Kreatif! Netizen Kagum Lelaki Ini Hasilkan Lukisan Atas Kulit Durian & Buluh Lemang

Pelukis yang dikenali sebagai Wisy ini telah menghasilkan beberapa lukisan menggunakan ‘kanvas’ yang lain daripada lain seperti kulit durian, buluh lemang dan televisyen rosak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melukis dan mengecat sememangnya memerlukan bakat dan kesabaran yang tinggi. Walaupun kelihatan mudah, namun membuat lukisan atau ‘painting’ perlu menggunakan pelbagai teknik bagi menghasilkan karya yang hebat.

Seorang pengguna laman X (Twitter @wisylukis) yang merupakan seorang pelukis telah menonjolkan bakatnya dengan melukis di atas kulit durian! Siapa sangka kulit durian boleh jadi ‘kanvas’ untuk lukisan.

Dia dilihat telah mengecat gambar dua ekor ikan koi sedang berenang di atas kulit durian tersebut. Menggunakan kulit durian, lukisannya kelihatan timbul dan seolah-olah mempunyai efek 3D.

Melalui perkongsiannya di Instagram, dia membuang dahulu bahagian pangsa durian sebelum menerbalikkannya dan melukis di atas kulitnya. Dia menggunakan kulit durian kerana ketika itu adalah waktu musim durian sedang berbuah.


Bukan Kali Pertama Guna ‘Kanvas’ Lain Dari Yang Lain

Wisy sebelum ini pernah menghasilkan lukisan Upin & Ipin di atas buluh lemang. Dia menggunakan sisa buluh lemang yang dimakan ketika meraikan hari raya.

Kelihatan seperti buluh lemang yang digunakan dipotong kepada empat bahagian sebelum dilekatkan bersama-sama.

Lebih menarik, dia turut menerima komen daripada Instagram rasmi Upin & Ipin sendiri.


Netizen Kagum Dengan Kreativitinya Hasilkan Karya

Kreativiti Wisy yang di luar kotak menjadikan orang ramai kagum dengan karyanya. Sememangnya orang biasa tidak terfikir untuk melukis di atas permukaan lain selain daripada kertas.

Dia juga pernah melukis di atas satu televisyen yang rosak dan di atas tapak tangannya sendiri.

Sumber gambar: Instagram @wisy_lukis

Walaupun terdapat individu yang pada mulanya berasa pelik melukis di atas televisyen rosak yang boleh dibaiki, namun dia berasa kagum dengan hasilnya.

Sumber: Twitter @wisylukis | Instagram @wisy_lukis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd