[Foto] Lukisan Gadis Malaysia Dipilih Sebagai Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022
Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang diinspirasikan daripada lukisan Emma Lou diberi nama Perry the Bull.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sukan Komanwel 2022 yang bakal diadakan di Birmingham, England akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini. Malaysia juga salah satu negara yang akan menghantar wakil di beberapa perlawanan sukan.
Antara atlet negara yang akan bertanding di Sukan Komanwel Birmingham 2022 ialah Datuk Pandalela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.
Bila sudah bermula pertandingan sukan ini, anda akan selalu nampak maskot rasmi mereka. Nak tahu tak, sebenarnya maskot tersebut diinspirasikan daripada hasil lukisan seorang kanak-kanak Malaysia.
Lukisan kanak-kanak 10 tahun dipilih sebagai maskot rasmi Sukan Komanwel 2022
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter (Olympics Malaysia), lukisan seorang gadis cilik kelahiran Malaysia yang menetap di Britain telah dipilih sebagai maskot rasmi bagi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas menjuarai satu pertandingan.
Gadis dikenali sebagai Emma Lou berusia 10 tahun itu telah menggelarkan patung yang dilukisnya dalam sebuah pertandingan kebangsaan pada musim panas 2022 sebagai Perry the Bull.
Menurut laporan Malay Mail, Lou telah berjaya mengalahkan 50 orang kanak-kanak lain di sekitar Birmingham dan West Midlands dalam lingkungan usia lima hingga 15 tahun dalam pertandingan tersebut.
Selamat Pagi Malaysia! 🌅🇲🇾💂
— Olympic Malaysia 🇲🇾🥇 (@olympicmas) July 26, 2022
Tahukah anda? Lukisan kanak-kanak kelahiran Malaysia 🇲🇾🇬🇧 yang menetap di Britain 🇬🇧 dipilih menjadi maskot rasmi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.#MalaysiaBoleh 🇲🇾#B2022 pic.twitter.com/fjAeVgm4nm
Maskot Perry buat kejutan untuk Lou di rumahnya
Pada 25 Mac 2021 yang lalu, Lou meluahkan rasa teruja dan gembira apabila maskot Perry membuat kejutan dengan mengunjungi rumahnya di Boston, Great Manchester.
Rasa macam mimpi. Maskot ini nampak hebat dan comel. Saya tak sabar nak datang ke Sukan Komanwel dan melihat sendiri Perry di majlis pembukaan.
Emma Lou.
Pada masa sama, gadis ini juga menjelaskan lukisannya dengan lebih terperinci.
Saya pilih lembu jantan kerana mengambil inspirasi daripada patung Bullring di Birmingham, manakala bentuk heksagon pula kerana merupakan struktur bentuk yang paling kuat dan simbol bahawa seluruh dunia bergantung kepada satu sama lain.
Emma Lou.
Tak sangka lukisan kanak-kanak Malaysia itu diangkat ke peringkat antarabangsa. Kami pun tumpang bangga dengan pencapaian Emma Lou. Good job girl!
BACA JUGA: Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama ‘Sampai’ Ke Puncak Gunung Kedua Tertinggi Dunia
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.