Now Reading
Niat ‘Healing’ Terbantut, Lelaki Terkejut Tengok Banyak Tayar Kereta Kena Toreh Ketika Parkir Di Bukit Perangin, Kedah

Niat ‘Healing’ Terbantut, Lelaki Terkejut Tengok Banyak Tayar Kereta Kena Toreh Ketika Parkir Di Bukit Perangin, Kedah

Beberapa tayar melibatkan kereta jenis Perodua Viva, Proton Saga dan Perodua Axia telah menjadi mangsa perbuatan khianat selepas tayar kereta mereka ditoreh di Bukit Perangin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Niat sekumpulan lelaki untuk ‘healing’ dengan mendaki bukit terbantut selepas menemui tayar beberapa kenderaan yang terletak di kawasan parkir pusat rekreasi itu ditoreh.

Menerusi satu video tular yang dimuat naik di laman TikTok (@_mhdimann), beberapa jenis kenderaan yang diparkir di sana melibatkan kereta jenis Perodua Viva, Proton Saga dan Perodua Axia telah menjadi mangsa.

Tayar miliki kesemua kenderaan yag terlibat telah ditoreh dengan satu garisan panjang sehingga menyebabkan tayar pancit.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di kawasan parkir Bukit Perangin, Changlun, Kedah pada Ahad lalu (17 September).

Kami berada di Bukit Perangin, Changlun. Nak parking kereta sangat bahaya ya di sini. Dia toreh semua. Gaya macam ni memang tak naik dah bukit ni.

Perakam video.

Pada masa yang sama, rakan-rakannya juga turut kedengaran mengeluh dan bengang melihat apa yang berlaku.

Healing sampai tak balik. Memang tak baliklah kalau macam ni. Nak balik macam mana kalau jadi macam ni? Ini buat khianat ni. Mesti ada orang jahat ni.

Rakan kepada perakam video.
https://www.tiktok.com/@_mhdimann/video/7279689589940407554

Netizen Bimbang Jika Ianya Modus Operandi Oleh Penjenayah

Perkongsian video yang dimuat naik itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Ada yang berpendapat mungkin perbuatan khianat itu adalah salah satu taktik penjenayah untuk memerangkap mangsa di kawasan tersebut.

Video berkenaan turut tular di laman Twitter selepas dimuat naik semula oleh akaun MYNEWSHUB.

Ia secara tidak langsung membuatkan ramai pihak bimbang jika perkara itu adalah benar. Namun isu kenderaan yang dipecah dan dirosakkan semasa pemiliknya sedang mendaki bukanlah satu perkara baharu, malah ia sudah berlaku sejak bertahun lamanya.

Pun begitu, gurauan seorang pemuda yang mengaitkan kes khianat ini dengan politik menimbulkan perasaaan kurang senang kepada sesetengah pihak.

Sumber: Twitter

Artikel Berkaitan: [Video] Kes Khianat Terbalikkan Myvi Di Johor Bahru, 7 Individu Mengaku Bersalah

Artikel Berkaitan: Road Users Reminded To Be Careful After Oil Spill At Putrajaya Road

Sumber: Twitter MYNEWSHUB


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd