Now Reading
[Video] Kes Khianat Terbalikkan Myvi Di Johor Bahru, 7 Individu Mengaku Bersalah

[Video] Kes Khianat Terbalikkan Myvi Di Johor Bahru, 7 Individu Mengaku Bersalah

Kejadian dilaporkan berlaku di persimpangan stesen minyak Petronas Kota Masai 2, Jalan Nenas, Taman Kota Masai, kira-kira 9.40 malam (3 November).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Khamis lalu (3 November), satu kejadian dilaporkan berlaku di mana melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi telah dirosakkan dan diterbalikkan dengan sengaja.

Kejadian dilaporkan berlaku di persimpangan stesen minyak Petronas Kota Masai 2, Jalan Nenas, Taman Kota Masai, kira-kira 9.40 malam (3 November).

Menurut laporan Harian Metro, tujuh lelaki termasuk empat penghantar makanan p-hailing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini (7 November).

Tertuduh iaitu Mohamad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrisson Malvin Mada, 19; Shaikh Al Amin Idrus, 21; Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19; Daniel Haziq Syikhanna, 21; Romie Rahimi, 41 dan Muhammad Adam Abd Rahim, 18 membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua individu terlibat didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan merosakkan semua cermin dan pintu kereta serta menterbalikkan sebuah Perodua Myvi berwarna biru milik Tan Jing Hui, 21.


7 Individu Lakukan Perbuatan Khianat Terhadap Kereta Jenis Perodua Myvi

Perbuatan berunsur khianat tersebut telah dilakukan dengan cara menumbuk, menendang, menghentak menggunakan topi keledar, membaling batu dan menterbalikkan kereta itu beramai-ramai sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000.

Video kejadian juga kini telah mula tular di media sosial dan dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ombak98.

@ombak98 Kejadian Langgar Lari Di Kota Masai JB #fyp #fypã‚·ã‚šviral #fypdongggggggg #ditajafyp #berandatiktok #berandafypã‚· #johor ♬ original sound – Yad

Individu Terlibat Boleh Dihukum Penjara & Denda Atau Kedua-duanya

Mengulas lanjut, individu yang terlibat juga didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqiilah Ahmad Rofaie memaklumkan mahkamah bahawa kesalahan di bawah seksyen itu tidak boleh dijamin.

Sumber: Harian Metro.

Walau bagaimanapun, beliau mencadangkan supaya jumlah jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan jaminan.

Kesemua tujuh individu terlibat yang tidak diwakili peguam memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan masing-masing hanya berpendapatan di antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

Tambahan pula, empat tertuduh bekerja sebagai penghantar makanan p-hailing, dua lagi tertuduh bekerja sebagai pekerja membaiki mesin basuh dan televisyen serta menjual topi, manakala seorang lagi adalah seorang pelajar.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa selain perlu hadir untuk melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Kes ini ditetapkan untuk sebutan semula bagi fakta dan hukuman pada 18 Disember depan.


Rakaman Dashcam Tular Memperlihatkan Kejadian Sebaliknya

Satu rakaman dashcam dipercayai milik pemandu Myvi berkenaan bagaimanapun menunjukkan pada ketika itu lampu isyarat masih belum bertukar kuning ketika dia melintasi persimpangan lokasi kejadian.

Ia sekaligus membuktikan bahawa dakwaan orang ramai adalah sama sekali tidak benar, sebaliknya penghantar makanan tersebut yang pada mulanya telah melanggar lampu isyarat berwarna merah sehingga terjadinya kemalangan.

Berikut merupakan rakaman dashcam milik pemandu Myvi berkenaan:


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd