Now Reading
[Video] ‘Cyclist’ Dikecam Ketuk Kereta Pengguna Jalan Raya Hingga Kemek Gara-gara Dihon

[Video] ‘Cyclist’ Dikecam Ketuk Kereta Pengguna Jalan Raya Hingga Kemek Gara-gara Dihon

Penunggang basikal didakwa berdalih dan menyatakan pemandu itu seakan-akan ingin melanggarnya sebelum bertindak mengetuk bahagian hadapan kereta berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini telah tular di Facebook (SG Road Vigilante) satu rakaman dashcam pemilik kenderaan yang menunjukkan kejadian seorang penunggang basikal telah mengetuk kereta pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kerosakkan pada bahagian hadapan kereta tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 8:45 pagi (10 September) di kawasan Sungei Tengah, Singapura.

Klip itu dengan jelas memperlihatkan beberapa orang penunggang basikal berada di lampu isyarat dan ketika lampu isyarat bertukar hijau, seorang penunggang dilihat telah dihon oleh pengguna jalan raya pada saat itu.

Kemungkinan berang akibat dihon, penunggang basikal yang mengenakan baju berwarna oren dan hitam itu telah bertindak mengetuk kereta berkenaan sehingga menyebabkan bahagian hadapan kereta telah kemek.

“You knock my car, I got camera. I’ll report to the police, you give me your ID,” kata pemandu kereta berkenaan sebelum memberhentikan keretanya.

Mereka berdua dipercayai bertikam lidah di bahu jalan dan segala perbualan telah dirakam menerusi rakaman dashcam kereta tersebut yang dipasang pada bahagian hadapan dan juga belakang kenderaan.

Penunggang basikal didakwa berdalih dan menyatakan pemandu itu seakan-akan ingin melanggarnya. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak dapat disahkan kerana rakaman dashcam jelas menunjukkan bahawa tiada pelanggaran ataupun insiden yang berlaku selain daripada penunggang basikal bertindak mengetuk kereta tersebut.

Mujur ada dashcam.

Baca Artikel Berkaitan: 6 Senarai Top Dashcam Di Shopee. Confirm Berbaloi!


“Terpaling Cyclist”

Video sama turut dikongsikan oleh seorang pengguna laman X @Alalalann dan rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap insiden itu di mana ramai dlihat menyalahkan penunggang basikal kerana bertindak sedemikian.

“Dah pergi ketuk kereta member tu dah kenapa. Sebab perangai pelik gini lah orang maki geng basikal,” ciap seorang pengguna X (@aikoFarah).

Ada betulnya juga. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Hobi T20 ni baru je berputik recently tapi banyak masalah diaorg bawa. Bangla naik basikal tiap-tiap hari, takda pun kes gini. Yea, mentality,” kata seorang lagi pengguna X (@arifshafiq_).


Peraturan Untuk Penunggang Basikal Di Malaysia Adalah Berasaskan Undang-undang

Penunggang basikal Malaysia, seperti semua pengguna jalan raya terutamanya adalah tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan-peraturan subsidi dalam Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959.

Undang-undang secara umumnya menyatakan bahawa penunggang basikal sepatutnya mematuhi semua aspek keselamatan seperti mempunyai lampu hadapan dan belakang, brek untuk setiap roda, dan loceng.

Mengikut undang-undang, penunggang basikal mesti menunggang dalam satu baris seperti yang diperlukan di bawah Peraturan 42(3) Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Berbasikal dalam satu baris di atas jalan raya. Gambar ini digunakan untuk tujuan ilustrasi.
(Sumber: Faz Adhili)

Melanggar peraturan ini boleh mengakibatkan tuduhan di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan. Apabila disabitkan kesalahan, ia membawa denda RM2,000 atau hukuman penjara maksimum selama 6 bulan.

Selain itu, penunggang basikal tidak dibenarkan menunggang di atas laluan pejalan kaki mengikut Peraturan 44 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Sekiranya peraturan ini dilanggar, ia boleh mengakibatkan tuduhan di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan dengan hukuman yang sama seperti yang dinyatakan di atas.

Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan agak tidak jelas tentang sama ada penunggang basikal dibenarkan di lebuh raya atau sebaliknya.

Pertama sekali, jika terdapat tanda larangan menunggang basikal di lebuh raya, mereka sepatutnya mematuhi tanda-tanda trafik tersebut dan menjauhkan diri.

Sekiranya mereka melanggar peraturan ini, mereka berisiko melakukan kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan dan boleh dikenakan denda antara RM300 hingga RM2,000.

Penunggang basikal juga tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan lebuh raya kerana ia adalah kesalahan mengikut Peraturan 53 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.


Untuk rekod, peraturan berbasikal di Singapura tidak boleh melebihi lima (5) orang di atas jalan raya dan ianya perlulah dalam susunan/keadaan satu baris (single file). Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan denda sebanyak S$150 (RM515) setiap orang.

Peraturan ini mula diperkenalkan oleh pihak berkuasa Singapura pada tahun 2022.


Baca Artikel Berkaitan: It’s Not Illegal For Bicyclists To Use Highways But These Are The Laws You Can Use To Report Dangerous Cycling

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] 2 Cyclists Fall After Getting Hit From The Back By A Car


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd