Now Reading
Berjaya Hafal 40 Bendera Dalam Seminit, Kanak-kanak 2 Tahun Raih ‘Malaysia Book of Records’

Berjaya Hafal 40 Bendera Dalam Seminit, Kanak-kanak 2 Tahun Raih ‘Malaysia Book of Records’

Aavyn Eliseus Ng mampu mengingati 139 buah bendera pada usia dua tahun dan berjaya meraih Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas mengenal pasti 40 bendera berbeza dalam temph satu minit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang kanak-kanak berusia dua tahun sembilan bulan bernama Aavyn Eliseus Ng menjadi perhatian ramai selepas tular video menunjukkan kekuatan daya ingatannya.

Kanak-kanak tersebut boleh mengingati 40 jenis bendera berbeza dalam tempoh satu minit dan berjaya meraih anugerah Malaysia Book Of Records (MBOR) untuk kategori Bendera Antarabangsa Paling Banyak Dikenalpasti Oleh Seorang Anak Kecil Dalam 1 Minit.

Anugerah MBOR itu telah diberikan pada 3 Ogos lalu di Ibu Pejabat MBOR di Brickfields, Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh juga menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan kanak-kanak lelaki tersebut secara peribadi.

Mereka telah bertemu pada 28 Ogos lalu dan Aavyn tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kemahirannya kepada Yeoh dengan mengenal pasti 16 buah bendera di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Yeoh berkongsi video itu di akaun media sosial miliknya pada 8 September dan meraih perhatian rakyat Malaysia kerana tidak semua orang mampu untuk mengenal pasti 14 buah bendera Malaysia dengan betul.


Netizen Kagum Lihat Kanak-kanak 2 Tahun Boleh Hafal Bendera Berbeza

Di ruangan komen video berkenaan, kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum melihat betapa pantasnya kanak-kanak tersebut berjaya menamakan kesemua bendera setiap negeri di Malaysia dalam masa satu minit.

Malah, ada juga yang mengakui mereka sendiri tidak mampu mengingati kesemua bendera-bendera negeri di Malaysia.

Netizen turut berterima kasih kepada Aavyn kerana memperkenalkan bendera Labuan yang tidak pernah dilihat selama ini.

Pada masa sama, sesetengah netizen pula terpesona melihat cara sebutan kanak-kanak itu berserta pemakaian ‘tuxedo’ lengkap bersama tali leher.

Sumber: TikTok

Bagaimana Kanak-kanak Ini Boleh Hafal Banyak Bendera?

Ibu Aavyn, Erica Ng Joe Yin berusia 33 tahun mula mendedahkan kanak-kanak itu dan adik kembarnya, Aaryn kepada bendera Jalur Gemilang ketika mereka berusia 2 tahun 4 bulan.

Menurut catatan di Facebook miliknya, wanita ini berkata dia mahu anak-anaknya tidak hanya mengenali Malaysia. Pada suatu hari, Aavyn datang kepadanya dan menyebut nama negara India.

Pada ketika itu, dia agak terkejut kerana hanya mengajar anak lelakinya bendera yang terdapat di negara Malaysia sahaja. Jadi macam mana Aavyn boleh mengingati India?

Rupa-rupanya, pembantu rumahnya memberitahu dia sering bercerita tentang bendera negara India ketika mereka bermain.

Sumber: Facebook Erica Ng Joe Yin

Tidak lama selepas itu, Ng cuba mengajar Aavyn dengan lebih banyak bendera lain menggunakan permainan kad. Tanpa disangka, kanak-kanak tersebut mampu mengingati pelbagai bendera dalam tempoh singkat.

Menerusi temu bual bersama The Star, Ng berkata Aavyn juga boleh menamakan bendera yang dilihat di televisyen setiap kali atuknya menonton pertandingan badminton peringkat antarabangsa.

Sejak dari itu, Ng memperkenalkan pelbagai bendera baharu kepada kedua-dua anak dan melatih Aavyn untuk menghafalnya.

Memetik sumber World of Buzz (WOB), Aavyn masih tidak pandai membaca tetapi mampu untuk mengingati bendera di seluruh dunia.

Ia hanya mengambil masa tempoh tiga bulan sahaja untuk kanak-kanak genius ini mempelajari pelbagai bendera. Sambil mengajar anaknya, Ng juga dapat menambah ilmunya dengan mempelajari bendera yang berbeza.

Sumber: Facebook Erica Ng Joe Yin

Dua minggu sebelum menerima anugerah MBOR, Ng tidak lagi memperkenalkan bendera baharu kepada Aavyn tetapi mula mengasah kelajuan kanak-kanak bekenaan untuk mengingatinya.

Ng akan menyoal Aavyn sekurang-kurangnya tiga kali sehari dalam tempoh 10 minit bagi setiap sesi.

Aavyn suka memberitahu nama bendera dengan suara yang kuat manakala Aaryn pula gemar menunjukkan lokasi negara tersebut di atas peta dunia.

Erica Ng Joe Yin

Kanak-kanak Itu Hafal 139 Buah Bendera

Aavyn sebenarnya boleh mengingati sejumlah 139 buah bendera pada masa ini.

Tetapi ada hari di mana Aavyn tidak serius mempelajarinya dan secara sengaja menyebut nama negara yang salah. Kebiasaannya itu adalah tanda di mana kanak-kanak berkenaan sudah mencapai had waktu untuk belajar.

Sumber: Facebook Erica Ng Joe Yin

Kadangkala, Aavyn juga agak sukar untuk menghafal nama negara yang agak panjang. Jadi Ng memperkenalkannya dengan cara yang menarik untuk memudahkan Aavyn mengingatinya.

Contohnya saya akan guna tangan saya untuk menutup muka sambil bermain ‘peek-a-boo’ sebelum menyebut Brunei. Contoh lain adalah Antigua dan Barbuda di mana matahari dimasukkan ke dalam bendera. Saya mengajar mereka bahawa semasa matahari terbit, semua akan berarak satu persatu. Dari situ, saya mengajar mereka untuk menghafal Antigua dan Barbuda.

Erica Ng Joe Yin.

Menerusi sumber dari WOB, Ng berkata dia mahu mendaftarkan anak kembarnya ke sekolah tahun hadapan apabila mencapai umur tiga tahun.

Walau bagaimanapun, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi pada masa hadapan mereka dan hanya berharap Aavyn serta Aaryn membesar dengan sihat.

Nak tengok betapa pantasnya Aavyn boleh mengingati bendera di seluruh dunia? Boleh tonton video di bawah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd