Now Reading
Pencuri Di Indonesia Dikurung & Ditakutkan Dengan Ular Oleh Tuan Rumah

Pencuri Di Indonesia Dikurung & Ditakutkan Dengan Ular Oleh Tuan Rumah

Tuan rumah kemudian bertindak mengurung pencuri tersebut sebelum menakutkannya menggunakan ular tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang manusia kita sentiasa digalakkan untuk melakukan kebaikan serta jangan sesekali melakukan kejahatan.

Ini kerana, mereka yang melakukan kejahatan atau perkara yang dilarang bukan sahaja berdosa tetapi turut mendatangkan keburukkan kepada seseorang.

Niat pencuri tak kesampaian untuk menceroboh rumah, sebaliknya menjerit ketakutan

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang tuan rumah di Aceh, Indonesia ini apabila dia bertindak mengurung pencuri yang cuba memecah masuk ke rumahnya bersama ular sehingga membuatkan dia menjerit ketakutan.

Memetik laporan Tribunnews, pencuri itu awalnya ditangkap sebelum dikurung di dalam sebuah bilik.

Tuan rumah takutkan pencuri guna ular

Tuan rumah kemudian cuba menakut-nakutkan individu berkenaan dengan menggunakan ular.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan seorang lelaki memakai baju merah jambu tersebut berdiri di hadapan pintu bilik yang tertutup dan menunjukkan ular pada pencuri itu dari bahagian atas pintu.

Kedengaran suara pencuri menjerit mengetuk pintu seperti ingin keluar

Mungkin takut dengan haiwan tersebut, pencuri itu kemudian menjerit seperti meminta pertolongan agar diri dilepaskan dari bilik tersebut dengan mengetuk pintu berkenaan.

Walau bagaimanapun, ular itu tidak dilepaskan oleh lelaki berkenaan dan kelihatan dia ketawa selepas melihat reaksi pencuri tersebut.

Namun tidak diketahui sama ada reptilia yang dipegang lelaki berkenaan untuk menakutkan pencuri tersebut tidak diketahui adalah ular betul atau sekadar mainan.

Menjengah di ruangkan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut malah turut ada yang meminta rakaman selepas kejadian itu berlaku.

“Lebih baik dibuat begitu”

“Nak tahu masa pencuri dah keluar”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd