Now Reading
Video Tular Persoal Kekasih Tentang ‘Darjat’ Wanita Undang Perhatian, Netizen Beri Reaksi Berbeza

Video Tular Persoal Kekasih Tentang ‘Darjat’ Wanita Undang Perhatian, Netizen Beri Reaksi Berbeza

Segelintir netizen memberi pandangan bahawa mereka memahami perasaan gadis berkenaan yang hanya mahu mengesahkan pasangannya itu mencintai dirinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila terlihat seseorang yang berwajah cantik dan tampan, mesti ramai yang akan terpukau melihat mereka.

Jangan kata lelaki sahaja, wanita pun kadangkala terpegun melihat seseorang yang sangat cantik. Kalau anda pergi ke mana-mana tempat, pasti ada sahaja wanita yang menawan.

Boleh dikatakan, ia adalah lumrah manusia untuk melihat sesuatu yang indah.


Gadis Persoal Teman Lelaki Selepas Dilihat ‘Scroll’ Gambar Wanita Cantik Di Media Sosial

Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik semula di laman Twitter (X)(@tengkunurlissa) menunjukkan perbualan seorang gadis bersama teman lelaki di dalam kereta ketika sedang menunggu makanan di laluan pandu lalu McDonald’s.

Dalam video tersebut, gadis berkenaan melihat teman lelakinya sedang melihat gambar gadis cantik di media sosial dan mempersoal kekasihnya jika dia pernah berniat untuk memiliki individu yang dilihat itu.

Namun jawapan yang diberikan oleh teman lelakinya dikatakan agak kurang meyakinkan kerana memberitahu darjat (level) wanita itu terlalu tinggi untuk dimilikinya.

Saya tahu saya tak akan dapat. Sebab kita tahulah diri kita macam mana.

Jawapan teman lelaki itu apabila ditanya oleh gadis tersebut.

Mendengar jawapan yang diberikan oleh teman lelakinya, gadis itu merasakan darjat dirinya seolah-olah agak rendah kerana berjaya dimiliki oleh pasangannya.

Bila awak cakap ayat macam tu, dia membuatkan saya terfikir level perempuan tu terlalu tinggi untuk awak. In a way, you are saying my level is lower than that women.

Teman wanita.

Teman lelaki itu kemudiannya bertanya kembali tujuan untuk dia mahu berkenalan dengan wanita di dalam media sosial itu.

Tidak lama selepas itu, perbualan mereka terhenti selepas pekerja restoran segera itu menghulurkan makanan yang dipesan.

Sumber: Twitter @tengkunrlissa

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Menonton Video Perbualan Antara Gadis Dan Teman Lelakinya

Video yang dimuat naik di laman Twitter itu mula mendapat perhatian ramai netizen sehingga mencecah 11.1 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Pelbagai reaksi dan pendapat yang diberikan oleh netizen selepas menonton video tersebut. Ada yang menyebelahi wanita berkenaan dan juga yang tidak berpihak kepada mana-mana individu.

Segelintir netizen memberi pandangan bahawa mereka memahami perasaan gadis berkenaan yang hanya mahu mengesahkan pasangannya itu mencintai dirinya.

Namun, ada juga yang beranggapan soalan yang ditanyakan agak remeh dan tidak sepatutnya ditanya jika tidak mahu ‘overthink’.

Malah, netizen merasakan perbualan seperti ini tidak seharusnya ditunjukkan kepada khalayak ramai kerana ia boleh membuat ramai pihak memberikan pandangan berbeza.

Dalam pada itu, mereka juga memuji cara kedua-dua pihak berkomunikasi tanpa menjerit pada satu sama lain meskipun topik yang dibincangkan melibatkan perasaan.

Dalam pelbagai komen yang kami baca, komen di bawah ini adalah yang paling ‘rare’. Memang terhibur betul.

Ada perkara yang kita tidak perlu terlalu difikirkan dan hanya fokus pada realiti di hadapan mata. Sebagai umat Islam, apa sahaja yang berlaku atau akan berlaku, serahkan kepada perancangan Allah SWT.

“Jangan mencemaskan perkara yang masih belum terjadi”.

Sikap ‘overthink’ ini sebenarnya tidak elok juga dalam Islam kerana ia merupakan bisikan dari syaitan yang mendorong manusia untuk sentiasa berprasangka buruk, sedangkan kita semua sedia maklum Allah SWT telah mengatur kehidupan yang terbaik buat hamba-Nya.

Jadi, jangan ‘overthink’ ya.

Sumber: Twitter nrlissa | Research Gate


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd