GSC Bakal Tutup Cawangan Di Alamanda Putrajaya Ogos Ini
Cawangan GSC di Alamanda Putrajaya bakal menghentikan operasi mereka pada 14 Ogos dan tayangan terakhir akan diadakan pada 13 Ogos ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
GSC Cinemas mengumumkan bahawa mereka bakal menutup cawangan pawagam di Alamanda Putrajaya selepas beroperasi selama 15 tahun.
Cawangan itu menghentikan operasi pada 14 Ogos dan tayangan terakhir akan diadakan pada 13 Ogos ini.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram mereka (@gsccinemas), cawangan pawagam ini mula bertapak di Alamanda, Putrajaya pada 5 April 2008 dan telah memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada para pelanggan.
GSC menghargai segala sokongan yang diberikan oleh orang ramai sepanjang beroperasi.
Susulan penutupan cawangan GSC itu, mereka menjemput para pelanggan untuk berkunjung ke cawangan terdekat iaitu di IOI City Mall 1 & 2.
Terima kasih kerana memberikan peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman anda menikmati filem di panggung wayang. Jumpa kami akan datang di GSC IOI City Mall 1 & 2!
GSC Cinemas.
Ramai Pelanggan Luah Rasa Sedih Dengan Penutupan Cawangan GSC Di Alamanda Putrajaya
Pengumuman yang dikeluarkan oleh syarikat panggung wayang itu telah membuatkan ramai netizen meluahkan rasa sedih kerana mempunyai pelbagai pengalaman di sana.
Ada yang sering berkunjung ke sana sejak kecil lagi ya.
Nuuuuu i always watch movies at Alamanda ever since i was a kid😭😭 its never gonna feel the same anymore 🥹 https://t.co/Lk1uBRWXze
— Eunn 🦐 | Commission open ! 💫 (@eunn05) August 2, 2023
Noo whyyyyyyy https://t.co/KgiAb648TF
— Caramel Macchiato (@mohamadafiq53) August 2, 2023
Remembered when they first opened in 2008 & was so excited they screened free shows for the whole week, watched CJ7 movie. Good old times. You shall be missed! https://t.co/P9X9YCSKRT
— Afdhal Hadi (@afdhal_89) August 2, 2023
Bandar Alamanda Putrajaya Disasarkan Menjadi Kawasan Lebih Moden & Elegan
Pada 20 Julai lalu, Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman terbaik buat para pelanggan di Putrajaya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Alamanda, ini merupakan pembaharuan terbesar buat pusat membeli-belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004.
Proses pembangunan juga telah bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat pada tahun 2024 nanti.
Projek pengubahsuaian itu merupakan projek pembangunan terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis iaitu Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: Alamanda Putrajaya Bakal Dibangunkan Semula, Sasar Untuk Jadi Lebih Moden & Elegan
Sumber: Instagram GSC Cinemas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.