Now Reading
Alamanda Putrajaya Bakal Dibangunkan Semula, Sasar Untuk Jadi Lebih Moden & Elegan

Alamanda Putrajaya Bakal Dibangunkan Semula, Sasar Untuk Jadi Lebih Moden & Elegan

Penambahbaikan dalaman akan menampakkan suasana moden dan elegan. Alamanda bakal dikemaskini dengan lantai marmar dan selusur tangan serba baharu menampilkan kemasan moden.

alamanda putrajaya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja Alamanda, Putrajaya, pasti ramai yang akan rindu dengan pusat membeli-belah ini kerana lokasi ini telah menjadi ‘port’ segelintir rakyat Malaysia yang tinggal di Lembah Klang suatu ketika dahulu.

Bunyi macam dah lama, tapi nostalgik betul Alamanda ini sebenarnya.

Pada 20 Julai lalu, Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman terbaik buat para pelanggan di Putrajaya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Alamanda, ini merupakan pembaharuan terbesar buat pusat membeli-belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004.

Proses pembangunan juga telah bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat pada tahun 2024 nanti.

Projek pengubahsuaian itu merupakan projek pembangunan terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis iaitu Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini.

Mengulas lanjut, projek pengubahsuaian ini akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Dengan penambahan keluasan “Net Lettable  Area (NLA)” sebanyak 50,000 kaki per segi, pembaharuan Alamanda ini bakal menjanjikan pengalaman membeli belah lebih sempurna.


Hiburan Buat Setiap Lapisan Umur

Sejajar dengan usaha penambahbaikan ini, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan untuk setiap lapisan umur. Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan adalah pawagam mesra keluarga dan pusat boling serba baharu.

Sebuah taman pengembaraan juga bakal diperkenalkan menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan untuk seluruh keluarga.

Projek pembangunan semula ini juga akan membawakan pembaharuan landskap dari sudut reka bentuk dan penggunaan. Ianya akan dilengkapi dengan pelbagai konsep tumbuhan hijau serta ruang santai dan rehat yang menjadikan kawasan luar pusat membeli-belah Alamanda lebih bermanfaat.

Penambahbaikan dalaman akan menampakkan suasana moden dan elegan. Alamanda bakal dikemaskini dengan lantai marmar dan selusur tangan serba baharu menampilkan kemasan moden.


Ruang Legar Khas

Selain daripada pelbagai unsur menarik diperkenalkan, projek naik taraf ini juga menyediakan ruang legar khusus untuk pelbagai aktiviti penglibatan masyarakat, menyokong barisan rakan perniagaan secara tidak langsung mampu menggalakkan kehadiran pengunjung.

Alamanda juga akan menambah baik blok-blok parkir bagi melancarkan aliran trafik yang mengambil kira peningkatan kehadiran pelanggan.

Alamanda sentiasa menjadi suatu tempat yang bukan hanya dilihat sebagai Pusat Beli-Belah. Ianya juga merupakan tempat di mana keluarga, sahabat dan seluruh komuniti berkumpul untuk meluangkan masa bersama. Pembangunan semula ini pastinya dapat meningkatkan daya tarikan dan Alamanda akan sentiasa berada dekat di hati. Kami memperincikan semula kemasan dalaman untuk memberikan rupa bentuk dan suasana baharu. Transformasi ini bakal mengangkat Alamanda sebagai hub komuniti yang lebih meriah dan menjadi pilihan pengunjung.

Andrew Brian, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Untuk rekod, Alamanda dihubungkan oleh tiga lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Mex (MEX) dan Lebuhraya PLUS di samping sistem perhubungan awam yang kondusif.

Kedudukan demografinya strategik di mana selain permastautin, terdapat lebih 76,000 pekerja professional dan 147,000 jumlah pelajar, daripada setiap lapisan golongan dan umur di sekitarnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd