Now Reading
Suria KLCC Hulur Sumbangan Kepada Pihak Hospital Bantu Mangsa Banjir

Suria KLCC Hulur Sumbangan Kepada Pihak Hospital Bantu Mangsa Banjir

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Malaysia telah berada dalam keadaan yang begitu memilukan apabila bencana alam melanda beberapa buah kawasan di beberapa buah negeri pada bulan Disember tahun lalu.

Pastinya, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Taman Sri Muda.

Paling memilukan apabila pasukan penyelamat dan sukarelawan turut menemui beberapa mangsa yang dipercayai maut akibat lemas.

Banjir di kawasan kediaman, Taman Sri Muda.
(Kredit: Fernando Fong/TRP)

Kejadian banjir ini turut ‘memanggil’ orang ramai untuk menghulurkan bantuan sesama rakyat jelata. Tanpa mengira bangsa, agama, dan usia – rakyat Malaysia kini dilihat berganding bahu membantu antara satu sama lain.

Syabas, Malaysians!

BACA JUGA: Apple Janji Hulur Bantuan Kepada Malaysia & Filipina Selepas Dilanda Bencana Alam


Sumbangan Kumpulan Syarikat Suria KLCC Kepada Pihak Hospital

Pusat membeli belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC sekali lagi bangkit menghulurkan bantuan berikutan banjir yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dengan sumbangan barangan keperluan kepada kakitangan dan pesakit yang terkesan di Hospital Kuala Lumpur. 

Pada 20 Disember, Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya telah menyumbangkan barangan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya untuk membantu 168 kakitangan hospital yang  terkesan dengan banjir yang melanda sebahagian negeri Selangor seperti:

  • Dengkil
  • Kota Warisan
  • Banting
  • Bukit Changgang
  • Labohan Dagang
  • Shah Alam
  • Warisan Bestari

Barangan yang disumbangkan termasuklah makanan sedia untuk dimakan dan air minuman yang selalunya sangat diperlukan selepas kejadian bencana alam seperti ini.


Sumbangan bernilai RM20,000 di HKL

Pada 31 Disember pula, usaha Alamanda dilengkapkan dengan keprihatinan Suria KLCC yang telah menyumbangkan barangan makanan serta keperluan peribadi bernilai RM20,000 kepada mangsa banjir di Hospital Kuala Lumpur yang terdiri daripada pesakit and kakitangan hospital itu sendiri.

Kakitangan tersebut menetap di kawasan yang dilanda banjir seperti Sri Muda, Hulu Langat, Puchong, Shah Alam Dengkil, Gombak dan Jalan Ipoh.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan.

Selain dari barangan makanan dan minuman, Suria KLCC turut menyumbangkan barangan keperluan peribadi, peralatan mencuci dan mandian.

Hospital Kuala Lumpur dipilih kerana ia merupakan salah satu hospital yang paling sibuk dalam menangani pandemik Covid-19.

Kami berterima kasih kepada Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang sentiasa  menghargai anggota barisan hadapan perubatan ketika waktu sukar ini. Sumbangan ini tepat pada  waktunya yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anggota barisan hadapan yang  sebahagiannya begitu runsing dengan keadaan rumah mereka selepas dilanda banjir.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan.

Sepanjang tahun lalu, Kumpulan Syarikat KLCC juga telah menyumbangkan barangan makanan sedia untuk dimakan kepada anggota barisan hadapan  perubatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya.

Kami sangat  berbesar hati untuk menghulurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan perubatan dan penduduk yang terkesan dengan kejadian banjir disaat mereka memerlukan. Kami sangat bersimpati dengan penempatan yang musnah akibat banjir ini ketika kita menantikan kedatangan tahun baru. Kami percaya usaha kami ini dapat diterima sebagai solidariti bersama mangsa banjir, di mana juga mereka berada. Di samping keadaan cuaca yang tak menentu, kami menyeru kepada semua untuk kekal selamat dan sentiasa siap siaga terhadap sebarang ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan awam.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd