Now Reading
Alamanda Rai Sambutan Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim

Alamanda Rai Sambutan Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim

Majlis menjadi lebih bermakna apabila rakan niaga Alamanda turut menyumbangkan barangan Hari Raya kepada kanak-kanak itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 21 April 2022 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 17 tahun itu tiba bersama Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri serta Timbalan Pengerusi, Abu Bakar Abdul Rafar disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Pang Sook Fong.

Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya. Mereka turut dibawa ke Centre Court di mana pusat beli-belah itu telah mencipta semula dekorasi kampung àla “Raya di Dusun Atuk” dan dihiburkan dengan persembahan Hari Raya Zapin.

Majlis menjadi lebih bermakna apabila rakan niaga Alamanda juga menyumbangkan barangan Hari Raya kepada kanak-kanak itu.

Selepas ucapan alu-aluannya, Pang ditemani oleh rakan niaga Alamanda seperti Gene Martino, Qutn Cotton dan Dunkin’ Donuts di mana kanak-kanak tersebut diberikan duit raya dan sut baju raya daripada Gene Martino, sut baju raya daripada Qutn Cotton dan sekotak donat dari Dunkin’ Donuts.

Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu di Secret Recipe.

Kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak kanak yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga  adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.

Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri berkata, “Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan.

“Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini,” jelasnya.

Sebagai rekod, Rumah Bakti Al-Kausar ialah rumah kebajikan diasaskan pada tahun 2011 yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak memerlukan terutamanya anak yatim.

Rumah itu kini menempatkan 36 orang kanak-kanak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd