Now Reading
Jurugambar Perancis Maut Gara-gara Terjatuh Lepas Panjat Menara 68 Tingkat Di Hong Kong

Jurugambar Perancis Maut Gara-gara Terjatuh Lepas Panjat Menara 68 Tingkat Di Hong Kong

Seorang jurugambar warga Perancis bernama Remi Lucidi telah jatuh dari Menara Tregunter yang berketinggian 219 meter di Hong Kong.

Warga Perancis Maut Selepas Panjat Bangunan Berketinggian 68 Tingkat Di Hong Kong

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, pernah wujud kes di mana pasangan warga Rusia terbabit dalam kes menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memuat naik gambar dan video berdiri di atas puncak.

Bukan itu sahaja, empat orang lelaki dari Amerika Syarikat juga pernah menceroboh bangunan pencakar langit itu pada 1 Mei 2022 dan telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan pada hari yang sama.

Kedua-dua insiden ini menjadikan orang ramai mempersoalkan tentang isu sekuriti keselamatan yang dijaga di menara tersebut.

Artikel Berkaitan: Tular Panjat Puncak Menara Merdeka 118, Pasangan Rusia Akan Dipanggil Polis [Video]

Artikel Berkaitan: [Kemaskini] Selepas Pasangan Rusia Kini Warga Amerika Pula Ceroboh & Panjat Menara Merdeka 118


Lelaki Warga Perancis Maut Selepas Terjatuh Memanjat Bangunan 68 Tingkat Di Hong Kong

Baru-baru ini, seorang jurugambar warga Perancis bernama Remi Lucidi atau dikenali sebagai ‘Remi Enigma’ berusia 30 tahun dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 68 sebuah bangunan.

Memetik laporan Daily Mail, Lucidi telah dikatakan memanjat sebuah blok kediaman mewah di Hong Kong iaitu Menara Tregunter yang berketinggian 219 meter.

Sehari sebelum kejadian, Lucidi dilihat telah memuat naik gambar di atas puncak menara tersebut menerusi laman Instagram miliknya (@remnigma).

Bagaimana Insiden Boleh Berlaku?

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana dia boleh sampai ke bahagian puncak?

Lucidi memberitahu kepada pengawal keselamatan sekitar jam 7:30 malam pada Khamis (27 Julai) bahawa dia ingin melawat rakannya di tingkat 40 sebelum mendapat akses ke bahagian bumbung menara di tingkat 68.

Rakaman kamera CCTV mendapati Lucidi keluar dari lif di tingkat 49 sebelum menaiki tangga ke bahagian puncak tingkat 68.

Difahamkan lelaki terbabit berjaya membuka pintu atas bumbung menara walaupun ia terkunci.

Sumber: Instagram @remnigma

Walau bagaimanapun, tindakan Lucidi memanjat menara itu telah disedari oleh seorang pembantu rumah yang mengetuk tingkat untuk menyuruhnya masuk semula ke dalam bangunan.

Namun, jurugambar warga Perancis itu terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum bantuan tiba.

Sumber: Daily Mail


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd