[DIKEMASKINI] Jocelyn Chia Dibuang Keluarga? Netizen Persoal Akaun Twitter ‘Dodgy’ Miliki 30 Pengikut
Akaun Twitter (X) milik ‘ayah Jocelyn Chia’ ini hanya memiliki 30 orang pengikut dan hanya mengikuti satu akaun iaitu POTUS (Joe Biden) sahaja.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
KEMASKINI TERKINI: Jocelyn Chia telah membalas terhadap ciapan di Twitter “bapanya” yang didakwa menafikannya dan mengatakan bahawa akaun itu adalah palsu. Dia juga meminta pengguna Twitter lain untuk melaporkan akaun @achiawhyeliang di atas sebab menggunakan identiti palsu.
lol these m'sians damn funny lah. Twitterers pls report the account @achiawhyeliang for fake identity. thanks! https://t.co/pi7mOetYXZ
— Jocelyn Chia (@JocelynChia) July 26, 2023
Sebuah akaun Twitter (X) yang mengaku sebagai bapa kepada pelawak kontroversi Jocelyn Chia muncul namun membuatkan warganet berasa skeptikal dan was-was sama ada akaun tersebut legit atau tidak.
Dicipta pada bulan ini, akaun “Anthony Chia Whye Liang” dengan nama pengguna @achiawhyeliang didakwa mengumumkan dia menolak hubungan dengan Jocelyn.
I publicly announce here for the first time, me and my beloved wife Shirley will disown our daughter @JocelynChia from here onwards till the day of our death.
Anthony Chia Whye Liang menerusi X.
Akaun tersebut dalam masa yang sama turut menyebut (tagged) akaun Twitter milik Jocelyn.
I publicly announce here for the first time, me and my beloved wife Shirley will disown our daughter @JocelynChia from here onwards till the day of our death.
— Anthony Chia Whye Liang (@achiawhyeliang) July 22, 2023
Her doing was my total failure in raising her to be a better person for society. The public deserved better then this.
Meskipun Jocelyn sering memberikan reaksi terhadap pelbagai tweet yang menyebut namanya, dia bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi ataupun komen terhadap tweet yang didakwa ditulis oleh “bapanya” itu.
Sejak persembahan kontroversialnya yang menyebut tentang penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan pendirian teguhnya untuk tidak meminta maaf, ramai yang masih tidak mengetahui tentang latar belakang keluarganya.
Apa yang diketahui oleh orang ramai setakat ini ialah dia dibesarkan di Singapura tetapi telah berpindah ke Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan: Singapore High Commissioner Condemns Jocelyn Chia’s Offensive Remarks, Says She Is No Longer Singaporean
Artikel Berkaitan: No Apology In Sight, Jocelyn Chia Thanks Comedy Community
Twitter (X) Anthony Chia
Mengimbas di laman X (Twitter), akaun tersebut tidak memiliki ciapan yang banyak berikutan ia baru sahaja dicipta pada awal bulan ini.
Gambar profil pula adalah seorang lelaki tua yang berlatarbelakangkan patung Molecule Man di Berlin, Jerman.
Banner profil pula menunjukkan gambar Jocelyn dengan tertulis ‘White Mansplaining’.
Ketika artikel ini ditulis, akaun berkenaan hanya memiliki satu following iaitu @POTUS dan juga 30 orang pengikut.
Tidak hairanlah mengapa netizen berasa skeptikal terdapat akaun ‘dodgy’ ini.
Malah, ada juga yang merasakan bahawa akaun ini dicipta oleh Jocelyn Chia sendiri untuk meraih perhatian orang ramai perihal isu seolah-olah dia dibuang keluarga oleh bapanya sendiri.
for the clout. LOL pic.twitter.com/dq3fILweAn
— Azizul Aziz (@azizul_aziz) July 25, 2023
Jocelyn tweet ke ni? Anything for clout
— Zaid (@hidup_sihat) July 25, 2023
Fake account. Must be jocelyn herself behind this to gain clout
— ✨Presiden Parti Sampai Pagi ™✨ (@jules12anne) July 25, 2023
The 1975 Buat Hal Di GVF2023, Jocelyn Chia Ucap ‘Selamat Datang’
Seperti biasa, apa-apa isu yang melibatkan Malaysia pasti akan diperbahaskan oleh Jocelyn Chia ini. Dan umum sedia maklum bahawa pada hujung minggu lalu, kumpulan British The 1975 telah menyebabkan Festival Good Vibes 2023 yang berbaki dua hari dibatalkan susulan kontroversi yang dilakukan oleh penyanyi utamanya, Matty Healy.
Di pertengahan persembahan kumpulan itu, Healy yang kelihatan mabuk bertindak mengutuk kerajaan Malaysia berkenaan undang-undang LGBT sebelum mencium pemain bass, Ross McDonalds.
Artikel Berkaitan: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia
Oleh itu, Jocelyn Chia secara sinis mengucapkan selamat datang buat Healy ke kumpulan ‘cool kids’ iaitu merujuk kepada individu-individu yang kini tidak digemari oleh rakyat Malaysia.
Menerusi ciapannya, dia mempersoalkan mengapa Healy tidak dikesan oleh polis antarabangsa (Interpol) kerana telah melanggar undang-undang Malaysia sewaktu berada di dalam negara.
Dia juga seolah-olah mengaitkan perkara itu dengan perkauman dan mempersoalkan adakah Healy tidak dikesan kerana dia seorang lelaki berkulit putih. Dia juga secara sinis berkata tidak mungkin Malaysia kini bersikap pilih kasih.
Welcome Matty Healy to the gang of cool kids "canceled" by Malaysia lol
— Jocelyn Chia (@JocelynChia) July 22, 2023
But wait a minute. Where are the calls for his arrest and Interpol to track him down for actually breaking Malaysian law while IN Malaysia? Has Malaysia gone soft? Or could it be.. Gasp.. No…what was it…
Artikel Berkaitan: Jocelyn Chia Ucap ‘Selamat Datang’ Kepada Matty Healy Lepas The 1975 Disenarai Hitam Oleh Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.