Now Reading
Blackpink X Starbucks: Bekas Air Harga RM478 Dijual Hingga RM1,499, ‘Scalpers’ Letak Harga Cekik Darah

Blackpink X Starbucks: Bekas Air Harga RM478 Dijual Hingga RM1,499, ‘Scalpers’ Letak Harga Cekik Darah

Perangai Scalpers yang tak boleh dibendung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila ada sahaja item atau barangan edisi terhad dikeluarkan, yang akan berebut bagai tiada hari esok adalah golongan ‘scalpers’ di mana mereka ini akan membeli barangan tersebut dan menjualnya kembali dengan harga jauh lebih mahal.

Kadangkala dua, tiga malah empat kali ganda, bergantung kepada permintaan.

Semakin tinggi permintaan untuk barangan tersebut, semakin tinggi jugalah harga yang akan ditetapkan sebab mereka ingin mengaut keuntungan dengan cara tersebut.

Artikel Berkaitan: Justin Bieber Concert Tix Sold Out, Scalpers Reselling For Up To 4x More

Dan kes paling terbaharu adalah salah satu tiket yang dijual oleh ‘ulat tiket’ konsert Taylor Swift di Singapura adalah bernilai S$3,000 (RM10,319) untuk tempat duduk ‘Category 1’.

Kalau diikutkan, harga asal cuma S$348 (RM1,197) sahaja.

Selain itu, tiket untuk pakej VIP yang berharga S$1,228 (RM4,224) pula dijual sehingga mencecah S$12,000 (RM41,277).

Artikel Berkaitan: ‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000


Starbucks Umum Kolaborasi Dengan Blackpink, ‘Scalper’ Mulai Tak Senang Duduk!

Dan semestinya, pengumuman yang dibuat oleh Starbucks Malaysia pada 21 Julai lalu telah membuka mata golongan ‘scalpers’ di mana mereka merasakan perlu berebut dengan peminat tegar Blackpink untuk mendapatkan merchandise yang ditawarkan untuk dijual pada harga yang jauh lebih mahal.

Ya, demi mengaut untung.

Tidak dinafikan, BLINKS pasti akan teruja dengan 11 jenis botol minuman dan enam aksesori bertemakan Blackpink yang dijual di Starbucks. Antara merchandise yang dikeluarkan untuk edisi terhad ini adalah tumbler, beg, tikar yoga, passport holder, keychain, dan sebagainya.

Terdapat juga botol air Stainless Steel Cold Cup Blackpink x Starbucks Rhinestone yang boleh dikatakan paling cantik dan dijual pada harga iaitu RM478.

Walau bagaimanapun, golongan scalpers seperti biasa akan ‘mark-up’ harga botol berkenaan pada harga yang tidak masuk akal iaitu sehingga RM1,499! HOW?!

Seorang pengguna @roughlurv berkongsi ciapan menerusi X (Twitter) miliknya di mana dia meluahkan ketidakpuasan hati terhadap scalpers yang sanggup menjual pada harga setinggi itu.

S*al punya scalper. Kau bukan personal shopper, kau scalper.

@roughlurv menerusi X.

Netizen Nasihat Untuk Tak Kena Scam, Baik Beli Emas

Ciapan tersebut turut menarik perhatian warganet di mana seorang pengguna X @maafcakaplah berpendapat bahawa benda itu tiada ‘value’ dan menyatakan orang ramai hanya membuang masa sahaja untuk bergaduh dengan scalpers.

Benda alah ni xde value pn. Buang masa je korang gaduh dgn scalpers. Korang buta2 kena scam dgn Starbucks sebenarnya. Minum pakai cawan ni xkan jdkan ko secantik Lisa ye. Baik kau beli emas. Sekian.

@maafcakaplah menerusi X.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd